Peluang Kerjaya Bergaji RM4500 Sebulan, 5 Hari Bekerja, Insurans & Banyak Lagi Sebagai Pengurus Kafe - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Peluang Kerjaya Bergaji RM4500 Sebulan, 5 Hari Bekerja, Insurans & Banyak Lagi Sebagai Pengurus Kafe - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 19, 2016
pada 8:43 AM

Rasa seperti tak berbaloi gaji besar tetapi kurang mendapat manfaat tambahan walaupun dah bertahun lamanya korang bekerja? Maukerja seru korang semua untuk pertimbangkan tawaran kerja sebagai pengurus kafe dengan pemeberian gaji purata sehingga RM4500 sebulan! Terlalu banyak manfaat tambahan yang korang bakal nikmati iaitu insurans hospital, penyediaan latihan bekerja & banyak lagi! Paling hebat sekali, hanya bekerja 5 hari seminggu. Mohon sekarang sebelum korang menyesal!

 

Keperluan

  • Mempunyai Diploma dalam bidang pengurusan F & B
  • Berpengalaman 3-4 tahun dalam menguruskan restoran / kafe lifestyle
  • Mempunyai kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang sangat baik dengan kemahiran komunikasi yang baik
  • Boleh berdikari, boleh menyelesaikan masalah dengan bijak

Tanggungjawab

  • Untuk menyelia dan menyelaras perancangan, penganjuran, latihan dan menyediakan kepimpinan yang diperlukan bagi mencapai objektif yang dinyatakan dalam jualan, kos, pengekalan pekerja, perkhidmatan tetamu dan kepuasan, kualiti makanan & kebersihan. 

 

Manfaat tambahan

  • 5 hari bekerja 
  • Latihan disediakan
  • Staff meal diberikan
  • Insurans Hospital
  • Perkembangan kerjaya
  • Diskaun staff

Lokasi Kerja 

Lokasi yang sedikit berbeza kerana korang tak perlu lagi redah kesesakan lalulintas masuk ke Ibu Kota kerana cawangan Kafe DOME yang menawarkan jawatan kosong ini di Sepang! Ini kerja yang paling sesuai untuk korang mohon, kerana terlalu banyak manfaat tambahan yang menanti korang sebagai Pengurus Kafe! Jom mohon sekarang!