10 Jenis Makanan Yang Patut Korang Elakkan Untuk Dimasak Di Office Pantry Korang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

10 Jenis Makanan Yang Patut Korang Elakkan Untuk Dimasak Di Office Pantry Korang - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 20, 2016
pada 3:10 AM

Memandangkan korang hari-hari bawa bekal, yelah nak jimat punya pasal, lagi-lagi hujung bulan ni mestilah kena berjimat. Dan paling best bila ramai-ramai dan rancang untuk makan bersama dan bawa bekal. Berbagai-bagai jenis makanan dan berkongsi dengan coworkers lain dan orang cakap makan beramai-ramai ini menambahkan lagi selera makan. Tetapi bagi admin pun memang perangai macam tu. Tak boleh makan sorang-sorang sebab rasa sunyi. 

Bawa bekal tu memang best. Tapi semasa korang panaskan lauk / masak dekat pantry, kadang-kadang kalau bersih tu baguslah, tapi mesti ada jenis pemalas nak basuh pinggan, sudu dan cawan. Sinki kotor pula tu. Mesti asyik korang je perlu kemas. Dan korang pun kena tahu, ada beberapa makanan yang tak perlu bawa dan masak di office korang. Jom kita lihat jenis makanan itu :

1) Ikan.

Jangan masak di office, selain baunya yang hanyir dan jika ikan yang dari semalam punya dinner pun tak berapa sedap untuk dimakan dan tiada rasa.

 

2) Popcorn.

Selain baunya yang sangat semerbak, tapi korang akan membuat satu office lapar, nak pelawa orang takut tak cukup pulak nanti kan.

 

3) Kek cawan.

Setiap office mesti ada microwave kan. Jangan keliru dengan oven dan mircowave kerana kegunaan microwave tu untuk panaskan lauk sahaja, bukan membakar kuih.

 

4) Sup.

Bukan tak boleh bawak. Tetapi keadaan yang susah dimakan kerana berkuah, dan jika korang makan bersih tanpa tumpahkan kuah itu kira okeylah.

 

5) Sayur organik.

Setiap masa korang asyik diet dan makan sayur 24jam! bukan tak bagus tetapi apa salahnya cheat day sehari dan ikut coworkers lain menikmati makanan mereka. Sebab kalau admin memang suka ajak kawan makan dengan selera nya. Barulah seronok kita menikmati.

 

6) Arak / cuka.

Sangat bahaya kerana boleh jadi punca kebakaran, Yelah korang pun kena hormat agama lain juga.

 

7) Makanan tertinggal.

Paling menyampah tengok makanan tertinggal atas meja. Mungkin korang boleh makan keesokan hari nya, tetapi coworkers lain tidak!.

 

8) Apa-apa yang memerlukan mesin penggisar.

Tak kira lah smoothie, ice blended mahupun bubur!. Selain senang berselerak, bunyi nya juga sanggat menggangu.

 

9) Durian.

Siapa tak makan memang rugi, tetapi hormat lah orang lain sebab durian ni boleh jadi punca muntah pening kerana baunya, tetapi durian ini favorite admin.

 

10) Makanan yang aneh/pelik.

Bukan apa, takut buat orang lain geli dan hilang selera. 

 

11) Kimchi.

Bau nya kuat dan sedikit masam. Lagi-lagi kalau you simpan dalam peti ais office, takut makanan orang lain berbau.

Bukan demand atau apa, tetapi bab makan ni admin memang rumit sikit. Mungkin korang tak begitu dan tak kisah lah ada makanan apa depan korang. Kalau suka boleh makan sama-sama. Kalau tak suka boleh makan asing. Simple! Hehe. Jadi bawa bekal tu bagus, cuma kalau nak kongsi dengan orang tu sekurang-kurangnya berpada lah sedikit kerana kita menjamu orang lain. Kalau makanan korang sedap dan menyelerakan, mesti dapat pujian. Korang juga yang gembira. kan?