3 Jenis Coworker Ini Akan Tiba-Tiba Muncul Setiap Disember Di Tempat Kerja.Faham-Faham Je Lah - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

3 Jenis Coworker Ini Akan Tiba-Tiba Muncul Setiap Disember Di Tempat Kerja.Faham-Faham Je Lah - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 20, 2016
pada 3:22 AM

Dalam musim percutian ni, mood pun berubah santai juga kan? Datang kerja pun senang lenang je, suasana pun terasa berbeza berbanding bulan yang lain. Bila buka topik perbualan rasa syok je berborak dengan rakan sekerja yang lain sampai ke waktu lunch. Memang kencang habis ni! Namun waktu sebegini lah semua orang akan rasa terlebih excited daripada nak buat kerja, ya lah musim cuti, perayaan, nak samapi penghujung tahun dah jadi mood berubah-ubah juga. Di tempat kerja, korang akan jumpa jenis coworker begini :

1. Jenis Coworker Yang Tak Peduli Langsung Pasal Kerja

Lebih-lebih lagi dah nak sampai ke penghujung tahun, kebanyakan Syarikat akan mengadakan Annual Dinner, Christmas Party & sebagainya mesti orang semua teruja nak rancang kostum atau pemakaian pada hari tersebut. Waktu-waktu sebegini saja dapat korang rasai jadi apa salahnya. Tapi bagaimana pula ya dengan Coworker yang memanjang ralat nak buat kerja, ada saja alasan diberi.

Cuba Buat Ni : Memang mencabar untuk fokus dengan hal kerja dalam waktu paling santai ni, semua orang sibuk bercuti & sebagainya. Tips hebat untuk korang atasi penyakit malas ni ataupun Coworker yang berada dalam situasi begini : beri peringatan pada diri jikalau korang tak siapkan tugasan ni dengan segera, korang akan terlepas semua keseronokan parti, annual dinner & sambutan Tahun Baru nanti. 

2. Coworkers yang teruja sangat dengan perayaan

Raya setahun sekali, ada juga Coworker yang jenis terlebih teruja & gemarkan setiap perayaan yang ada di Asia ni. Tiba bulan Disember saja, semangat tu makin membuak kerana bukan sahaja perayaan Krismas diraikan malah sambutan Tahun Baru juga dinantikan. Setiap hari buka lagu Krismas berulang kali, hiasi meja dengan perhiasan, biskut gingerbread juga tak lupa. Memang bersemangat habis lah kalau Bulan Disember ni. 

Cuba Buat Ni : Jangan runsingkan kepala, nikmati & hayati saja semangat serta keseronokan yang Coworkers korang rasai. 

3. Coworkers yang tak ambil port

Akan sentiasa ada Coworkers yang tak berapa nak sukakan apa-apa perayaan termasuklah sambutan Tahun Baru, pelik kan? Jangan lah cepat menyangkal kerana mungkin mereka ni ada sejarah hitam yang membuatkan mereka kurang gemar untuk meraikan. Buatlah apa sahaja, mereka tetap tidak mahu join & tampak lebih selesa sendirian. 

Cuba Buat Ni : Janganlah korang terus tidak mempedulikan Coworkers jenis begini. Adalah lebih baik jikalau korang cuba ajak mereka ini untuk turut join meraikan bersama parti / dinner / lain-lain.