Mesti Korang Akan 'Awkward' Seharian Kalau Tak Bawa 4 Barang Ni Pergi Kerja Kan?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Mesti Korang Akan 'Awkward' Seharian Kalau Tak Bawa 4 Barang Ni Pergi Kerja Kan?

post by Izuan

by Izuan

Dec 20, 2016
pada 8:20 AM

Masa kerja pun kita masih memerlukan sedikit hiburan bagi mengekalkan momentum prestasi kerja kita, kalau tak memang lemau lah jawabnya. Hiburan yang dimaksudkan adalah peralatan-peralatan yang boleh menghilangkan rasa bosan.

Barang-barang ini nampak biasa sahaja, tapi kalau tertinggal kat rumah ataupun hilang. Memang hari-hari kerja korang jadi bosan, suram,hambar dan awkward lah senang cerita. 

Video Penuh

1. Earphone

Generasi-generasi macam korang ni memang tak sah kalau tak dengar lagu kan? Sambil buat kerja, sambil tu mulut bergerak-gerak, kepala terangguk-angguk dan ada yang sampai menari lagi. 

Tiba-tiba ada satu hari tu korang tak bawa, mesti rasa hambar je kan? Orang lain fokus buat kerja korang pula dah macam rusa masuk kampung bila pandang keliling. Lepastu mula lah mengantuk, kalau nak buka lagu nanti memekak satu office kan?

2. Charger

Ini boleh dikatakan 'nyawa' korang, mustahil lah kalau korang tak main smartphone masa lunch atau curi-curi masa kerja. Nak bergossip takut boss nampak, bergossip lah senyap-senyap dalam group WhatsApp. 

Macam mana kalau masa tu geng semua pakai iPhone api korang pakai android (atau terbalik)? Batteri masa tu dah tahap kritikal, boleh dikatakan sampai mati, padahal baru sampai kerja. Mereput lah jawabnya sehari suntuk.

3. Bekal

Geng lain semua bawa bekal, nak makan kat office, korang pula 'kaya' sangat malas nak bawa ataupun terlewat bangun tak sempat sediakan makanan. Bila nak ajak lunch semua tak layan sebab masing-masing bawa bekal, tak pasal-pasal korang kena lunch sorang-sorang ataupun dengan kawan daripada department lain yang tak sebulu dengan korang.

4. Tuala Wanita

Jangan lah salah anggap, tapi betul kan apa yang kami cakap. Ini khas ditujukan kepada kaum hawa, kalau dah rasa-rasa masa tu dah nak sampai buat lah persediaan awal.

Nanti tak pasal-pasal 'dia' datang jadi tak senang duduk, jalan cepat sangat, jalan tak betul sebab nak cover 'spot' tu dan amcam-macam lagi lah (tonton video diatas). Lebih-lebih lagi kalau hari tu korang pakai serba putih, tak ke mengundang namanya tu?