Jadi Servis Kru Peluang Dapat Elaun Hostel, Gaji Bulanan RM1700 Serta Makanan Percuma! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Jadi Servis Kru Peluang Dapat Elaun Hostel, Gaji Bulanan RM1700 Serta Makanan Percuma! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 20, 2016
pada 9:41 AM

Bulan Disember, musim percutian tiba lagi! Sudah pastinya, ramai antara korang mencari pendapatan lebih di Bulan ini. Masih lagi buntu mencari pekerjaan yang santai & menyeronokkan? Inilah jawatan yang sesuai untuk korang mohon! Syarikat Pie Face menawarkan jawatan kosong sebagai Kru Servis dengan gaji bulanan sehingga RM1700 sebulan & elaun pengangkutan atau hostel juga diberikan khas untuk korang! Bukan itu sahaja, makanan juga disediakan. Jawatan kosong ada bagi cawangan Kafe mereka di Selangor & Kuala Lumpur. Untung kan kerja ni? Jadi sangat lah merugikan jikalau korang tak mohon kerja ini! Jom Mohon!

 

Keperluan

  • Bekerja mengikut jadual shift yang di tetapkan (6pagi - 3 petang) atau (2 petang - 11 malam) 8jam waktu bekerja + 1 jam waktu rehat = 9 jam sehari
  • Boleh bekerja mengikut arahan, menerima teguran, rajin, berdisiplin, kemas & pembersih, murah dengan senyuman
  • Jika tiada pengalaman latihan akan diberikan
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia & Inggeris

Tanggungjawab

  • Memastikan kafe dan peralatan sentiasa bersih
  • Mengambil pesanan pelanggan
  • Menyediakan pie atau pastry apabila perlu

 

Manfaat tambahan

  • Elaun pengangkutan atau hostel disediakan
  • Cuti rehat 1 hari seminggu
  • Makanan disediakan
  • Potongan EPF dan SOCSO

Lokasi Kerja

Lokasi kerja bagi jawatan ini korang diberi peluang untuk memilih mengikut kesesuaian korang! Jikalau korang berada berhampiran dengan kawasan ini :

 

 

Inilah peluang korang untuk memohon jawatan kosong ini sebagai Kru Servis! Tak perlu lagi pening-pening nak fikir tentang tempat tinggal atau perbelanjaan bulanan bagi penginapan kerana elaun hostel juga disediakan khas! Jom mohon sekarang & nikmati pelbagai manfaat tambahan menarik menanti!