McDonald's Sekitar KL & Selangor Menawarkan Gaji Bermula RM 2000, Naik Pangkat Dengan Mudah Sebagai Management Trainee!
# Jenis Pekerjaan

McDonald's Sekitar KL & Selangor Menawarkan Gaji Bermula RM 2000, Naik Pangkat Dengan Mudah Sebagai Management Trainee!

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 21, 2016
pada 2:45 AM

Runsing mencari kerja yang sesuai dengan anda. Mungkin apa yang anda cari berdekatan dengan rumah, inginkan gaji yang sedikit memberangsangkan dan manfaat yang berbaloi-baloi seperti durian runtuh. Dimana ingin mendapatkan semua itu? Ini yang kami teruja nak bagi tahu, peluang yang anda nantikan kini telah tiba, peluang jawatan kosong daripada McDonald's sebagai Management Trainee di sekitar kawasan Kuala Lumpur & Selangor!

Memandangkan anda ini mempunyai ciri-ciri sebagai pekerja yang berwibawa, berkebolehan menjadi seorang leader dan boleh mengendalikan para pekerja. Ini adalah peluang pekerjaan yang TERHEBAT McDonald's pernah tawarkan. Dengan gaji yang ditawarkan bermula dari RM 2,000 sebulan berserta manfaat tambahan lain yang menarik! Sebagai seorang pelatih, hanya di McDonald's berpeluang mengembangkan kerjaya anda sebagai seorang Pengurus.

Banyak lagi kelebihan yang anda dapat jika bekerja sebagai Management Trainee di McDonald's ini. Nak tahu apa kelebihan dia? Apa kata kita baca dibawah ini, sebelum anda memohon tu. Kenalah penuhi keperluan yang mereka perlukan dulu :


 

 

Syarat-syarat yang mereka perlukan ini mestilah anda ada dan boleh lakukan. Kelayakan dan kebolehan anda dinyatakan dahulu sebelum anda memohon kerja ini.

  • Mempunyai kelayakan degree.
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
  • Boleh bekerja secara shift dan hujung minggu.

 

Apakah tanggungjawab yang perlu anda lakukan? 

  • Anda akan bekerjasama dengan pasukan pengurusan restoran dalam menguruskan operasi restoran dengan cadangan untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih besar di cawangan yang  dipilih melalui integrasi kemanusian, keperluan dan barangan.
  • Anda akan membantu mendapatkan sasaran yang ditetapkan, mengurus belanjawan dan mengawal stok, dan juga membantu dalam merekrut, latihan dan memberi motivasi kepada kru restoran.

 

 

Antara manfaat yang pihak McDonald's tawarkan.

  • Gaji bermula dari RM 2000 sebulan.
  • EPF
  • SOCSO.
  • Cuti Tahunan.
  • Cuti Sakit.
  • Makanan disediakan.

Atas adalah manfaat yang biasalah akan anda dapat! Eh nanti dulu, sebenarnya banyak manfaat yang lagi BEST McDonald's tawarkan:

  • ELAUN

Atas tanda penghargaan kepada anda setelah menjadi salah satu Keluarga McDonald's. Anda juga mendapat elaun bulanan yang disediakan oleh McDonald's khas untuk Management Trainee sebanyak RM 200 sebulan! Elaun ini hanya dibagi kepada sesiapa yang bekerja di cawangan yang beroperasi 24 jam sahaja.

 

  • BONUS 4 KALI SETAHUN!

Macam tak percaya tapi inilah kenyataan. Company mana lagi bagi bonus kepada anda sebanyak 4 kali dalam setahun? Yang sering kita dengar setahun sekali, itupun tidak semua dapat. McDonald's ni memang luar biasa!

 

  • SYARIKAT BESAR.

Jangan bimbang mengenai kedudukan dan jaminan kerja, McDonald's adalah salah satu syarikat besar di dunia. Jadi tak perlu bimbang mungkin  hanya disini peluang kepada anda sahaja untuk mengembangkan kerjaya dalam tempoh panjang sebagai Management Trainee.

 

  • NAIK PANGKAT

Bukan mudah untuk naik pangkat, jika di syarikat lain 5 tahun belum tentu dapat. Tetapi jika di McDonald's, prestasi yang anda berikan sangat mantap, maka mereka akan berikan dengan mudah kenaikan pangkat untuk anda. Bahagian paling BESTTTT ialah berpeluang memegang jawatan sebagai Restaurant Generel Manager! 

Seperti yang anda lihat di atas. Pihak McDonald's sedia membantu anda untuk berada di kedudukan lebih tinggi!

 

  • BEKERJA DI CAWANGAN BERBEZA.

Mesti bosan kan jika bekerja di satu tempat yang anda sendiri tidak menyukai, tetapi jika anda memohon kerja sebagai Management Trainee dari McDonald's, anda boleh pergi ke cawangan mana sahaja!


 

Lokasi kerja :

Memandangkan McDonald's ini salah satu syarikat yang besar, jadi peluang pekerjaan yang diberikan juga sangat banyak. Jawatan sebagai Management trainee ini berada di  Sekitar Cawangan dalam Kuala Lumpur dan Selangor. Penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mungkin anda berdekatan dengan lokasi ini, jadi jangan lepaskan peluang terhebat ini.

Jangan gusar dan bimbang, mungkin peluang kerja sebagai Management Trainee ini milik anda. Cuba anda KLIK disini untuk memohon jawatan ini. Nanti kalau terlepas peluang ini jangan menyesal pula ye. Jangan bimbang, jika tidak mempunyai pengalaman. Pihak McDonald's sedia membuka pintu khas untuk anda memohon kerja dan belajar perkara baru, memberi pengalaman terhebat untuk anda pelajari. MOHON SEKARANG!