Kerja Di McDonald's Sekitar Johor, Gaji bermula RM 2,000 & 4 Kali Bonus Setahun Sebagai Management Trainee!
# Jenis Pekerjaan

Kerja Di McDonald's Sekitar Johor, Gaji bermula RM 2,000 & 4 Kali Bonus Setahun Sebagai Management Trainee!

post by Izuan

by Izuan

Dec 21, 2016
pada 3:12 AM

Tahun baru bakal menjelang tiba, tapi sehingga kini masih belum ada lagi sebarang perubahan diri dalam perjalanan hidup kerana masih tersekat dengan halangan terbesar terhadap diri graduan-graduan muda ini, iaitu menerpa kerjaya.

Salah satu faktor kekangan untuk memperoleh kerjaya adalah bidang jurusan, masalah pengangkutan, jarak jauh mahupun peluang di industri dalam sesebuah bidang tersebut begitu terhad. Untuk menukar kearah bidang lain, peluang amatlah tipis.

Walaupun tipis, peluang itu masih ada jika anda tidak mencubanya, bagi mereka yang tinggal di sekitar Johor, McDonald's mengalu-alukan graduan Ijazah daripada apa jua bidang sekalipun untuk sertai ahli keluarga mereka sebagai : Management Trainee

 

 

Anda akan berkerja bersama-sama dengan pihak pengurusan dalam mengendalikan operasi restoran untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih besar terhadap outlet yang terpilih melalui integrasi ini (People, Equipment & Products).

Selain itu tugas utama anda adalah untuk menetapkan sasaran, menguruskan perbelanjaan dan mengawal stok. Dalam masa yang sama, Management Trainee perlu merekrut, melatih dan memotivasikan ahli-ahli kru.

 

Gaji Bermula dari RM 2,000

Sesuai mengikut piawaian taraf graduan Ijazah sekarang, McDonald's akan memberikan bayaran bermula dari RM 2,000 sebulan bagi mereka yang memegang jawatan sebagai Management Trainee .

 

 

Gaji sahaja belum cukup bagi seseorang pekerja itu minat jika tiada manfaat dalam sesebuah syarikat.  Manfaat yang disediakan jika anda sertai ahli pasukan McDonald's sebagai Management Trainee ini amatlah memberangsangkan :

Elaun Shift RM200*

Bekerja sebagai Management Trainee ini memerlukan anda untuk bekerja shift, tapi McDonald's takkan membiarkan pekerjanya penat pekerja tanpa sebarang hasil. Ada elaun sebanyak RM 200* disediakan sekiranya anda kerja di cawangan yang beroperasi 24 jam.

Bonus 4 Kali Setahun

Susah nak jumpa syarikat yang boleh berikan bonus 4 kali setahun kepada pekerja mereka. McDonald's merupakan salah satu majikan yang begitu peka terhadap pekerja mereka. Gaji tinggi bonus pun ada. 

Cepat Naik Pangkat

Jika prestasi kerja begitu memberangsangkan, dalam masa 20 hingga 25 bulan sahaja anda akan dilatih untuk memegang jawatan sebagai Restaurant General Manager! 


 

Jadi, Bangsa Johor sekalian, ini lah peluang anda untuk menerpa kerjaya. Tamatkan pengangguran anda di McDonald's segera! Tidak terhad kepada mana-mana tempat kerana semua cawangan di Johor memerlukan Management Trainee ini!

 

Untuk mohon jawatan ini, sila tekan >> MANAGEMENT TRAINEE