10 Perkara Yang Korang Patut Lakukan Apabila Di Pecat - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

10 Perkara Yang Korang Patut Lakukan Apabila Di Pecat - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 21, 2016
pada 3:16 AM

Rasa macam dunia ni gelap je bila boss tiba-tiba je buat announcement yang dia bakal hentikan sebilangan pekerja atas sebab kegawatan ekonomi. Dan yang parahnya adalah korang tergolong antara mereka yang dihentikan kerja. "Apa nak buat sekarang? Simpanan bukannya banyak mana, duit rumah, duit kereta semuanya kena bayar setiap bulan." Jangan terus berduka, cuba untuk ambil masa sebentar dan tenangkan diri. Biasalah apabila pertama kali dapat dengar berita tu, korang akan rasa emosi tak menentu, panik, murung dan juga marah. 

Berhenti lah berduka, ini masa untuk korang bangkit semula dan fikir ke hadapan! Kalau selamanya korang asyik murung, ianya tidak akan mengubah pun hidup malah lagi parah ada lah. Bangkit semula dan cuba untuk lakukan beberapa langkah rasional ini untuk nak tenangkan kembali diri dan persiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan baru:

 

1. Tarik nafas dalam-dalam

Mudah sekali untuk nak berasa panik apabila mendengar berita sebegitu, rasa macam nak luruh je jantung dan lutut ini terasa seakan lemah sangat. Tenangkan diri cuba untuk tarik nafas dalam-dalam dan jangan lakukan sebarang aksi di hadapan staff lain serta bos korang. Cuba untuk cari satu tempat yang sunyi dan tersembunyi untuk korang tenangkan fikiran dan tenangkan hati. 

Kalau perlu untuk menangis, lakukan agar emosi korang stabil dan korang sebenarnya boleh tenangkan emosi secara fizikal iaitu dengan tarik nafas dalam-dalam, lakukan meditasi yang  ringkas serta cuba untuk berjalan. Jangan cuba untuk mengamuk di hadapan majikan, sebab korang akan perlukan mereka nanti untuk keperluan networking. 

 

2. Tak, ianya bukan personal attack

Diberhentikan kerja ini adalah satu norma dalam kehidupan kerjaya, dan bukan korang je yang terkena tempiasnya. Memang sedikit sukar untuk lihat kebaikkan di sebalik yang terjadi tetapi korang perlu berinat, diberhentikan kerja secara beramai-ramai ni bermaksud yang ianya bukan personal attack. Ada sebabnya mengapa iannya berlaku pada korang dan orang lain. 

Soalnya di sini ialah bagaimana korang anggap atau lihat sesuatu isu atau masalah yang melanda, dan jangan suka untuk berfikiran negatif. Kendali situasi yang berlaku dengan hati yang tenang. 

 

3. Ini bukan masanya untuk tandatangan sebarang dokumen!

Jika HR meminta jasa baik korang untuk menandatangani sebarang surat, jangan terburu-buru dan terus sahaja sign. Bawa balik rumah dan baca dengan teliti dokumen yang diserahkan. Siapa tahu, mungkin surat itu adalah perjanjian bahawa korang tidak akan menyaman syarikat tersebut atau juga melawan untuk jangka tempoh yang ditetapkan. Jadi baca dahulu agar hak korang tidak dicerobohi.

 

4. Dapatkan maklumat jelas daripada HR

Saat genting sebegini, amat lah penting untuk korang dapatkan segala maklumat penting secara terperinci. Jangan ikutkan sangat emosi dan terus sahaja keluar daripada office tersebut tanpa meminta sebarang info. Korang perlu pergi ke department HR dan tanyakan soalan sebegini, " Saya akan dapat sebarang pampasan ke?" atau "Adakah company akan sediakan sebarang bantuan dari segi kaunseling atau sebagainya?" "Apa akan terjadi kepada segala manfaat saya?" Tanyakan semuanya agar jelas.

 

5. Ambil semua dokumen penting korang dalam komputer

Jika majikan korang berikan masa untuk kembali ke meja dan mengemas barang-barang, ambil sedikit masa untuk on komputer dan dapatkan kesemua dokumen korang yang penting. Akan ada polisi di mana dokumen yang melibatkan kerja tidak boleh dibawa keluar, jadi tinggalkan sahaja. Ambil segala file korang yanng personal, performance report dan apa-apa sahaja yang boleh membantu korang dalam mendapatkan kerja. 

 

6. Minta recommendation dari majikan

Kalau korang ni jenis pekerja yang ada hubungan atau networking yang bagus dengan bekas majikan atau rakan sekerja, mungkin korang boleh minta mereka untuk sediakan reference supaya dapat membantu dalam permohonan kerja yang akan datang. Dan kalau korang sudah ada nombor personal mereka, ini lah masanya untuk nak minta pada mereka. Ambil peluang yang ada. 

 

7. Jangan lakukan sesuatu yang korang bakal menyesal

Biasa berlaku apabila bekas pekerja melakukan sesuatu tindakan drastik apabila diberhentikan kerja. Ada yang kadang-kadaang melakukan perkara bodoh seperti mencampak barang, terjerit-jerit pada bekas majikan atas sebab emosi yang tidak dapat dibendung dan sudah lama pendam rasa marah dan dendam tu. Korang patut tau kekal professional sehabis mana yang boleh dan siapa tahu, mungkin suatu hari nanti korang akan datang semula untuk meminta pertolongan.

 

8. Telefon ahli keluarga atau kawan yang terdekat

Jangan lalui masalah ini bersendirian kerana pada waktu genting sebegini korang perlukan peneman. Cuba telefon kawan-kawan, ahli keluarga tau yang tersayang untuk ceritakan masalah yang berlaku. Ambil masa untuk nak berbincang mengenai masalah yang berlaku dengan mereka agar mereka boleh sama mendengar dan cuba untuk ringankan beban. 

Mereka ini lah yang akan berikan korang sokongan padu untuk bangkit semula. Malah, mereka juga akan berikan korang nasihat serta mungkin pandangan bernas dalam menghadapi masalah tersebut. 

 

9. Ambil "short vacation"

Bila kali terakhir korang ambil cuti dan rehatkan minda daripada lambakan kerja? Bila  kali terakhir korang luangkan masa bersantai di tepi pantai atau memanjat gunung bersama rakan-rakan dan nikmati masa yang ada? Ini lah masanya untuk korang lakukannya semula tanpa perlu memikirkan perlu kembali ke office semula dan menghadap kerja yang sama sahaja. 

Maka. sebelum korang nak mulakan kembali proses mencari kerja, apa kata luangkan masa sedikit untuk diri sendiri dan nikmati masa yang ada. Belanja diri untuk berehat dan tenangkan fikiran, sebab korang memang perlukannya.

 

10. Sediakan ayat untuk menjawab jika ada orang bertanyakan hal ini

Kalau korang tak bersedia untuk nak bercakap mengenai soal diberhentikan kerja, maka siapkan diri dengan jawapan yang korang mahu gunakan awal-awal lagi. Korang boleh cuba sesuatu seperti "Oh company nak tutup, jadi sekarang ni tengah mencari dan dapatkan kenalan." Korang tak bersedia nak bincangkan secara terperinci apa yang berlaku hanya berikan mereka maklumat am sahaja.