4  Cara Ini Memberi Ganjaran Kepada Pekerja Disamping Itu Mendatangkan Keuntungan Kepada Boss - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Cara Ini Memberi Ganjaran Kepada Pekerja Disamping Itu Mendatangkan Keuntungan Kepada Boss - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 21, 2016
pada 8:07 AM

Semua orang mesti seronok ingin rasa dihargai. Lagi-lagi ini sudah pengakhiran tahun. Apa kata korang sebagai boss bagilah sesuatu selepas mereka berhempas pulas sepanjang tahun ini untuk company korang juga. Apa salahnya berikan sesuatu yang bermakna untuk mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu, boss mereka masih ada keprihatinan lagi. Dan ganjaran ataupun hadiah ini adalah satu insentif untuk membuatkan para pekerja selesa bekerja di syarikat itu.

Tetapi jika hadiah itu diberikan dengan buat satu pertandingan sudah seperti tiada makna, hadiah dan ganjaran ini sepatutnya sesuatu yang kejutan dan tidak disangka. Kadang-kadang pemberian ini boleh membuat seseorang yang emosional dan sesuatu yang memberi inspirasi. Macam mana nak buat begitu :

 

1) Mempunyai elemen kejutan.

Bagilah dengan adil dan sama rata, tapi kalau semua sama macam tak special lah pulak. Jadi mana yang paling terbaik tu bagilah dengan sedikit mahal dan mempunyai nilai. Berikanlah secara peribadi untuk mengelakkan orang lain rasa iri hati. Takpun buatlah sedikit jamuan dan masa tulah boss bagi hadiah kepada para pekerjanya. Barulah pekerja korang rasa dihargai

 

2) Bukan yang biasa. (kelainan)

Macam pelik kan tapi bagi admin idea ini bernas. Apa kata korang upah seseorang untuk membuat housekeeping di rumah pekerja korang tu, selain mereka dapat berehat, mesti gembira bila tengok rumah bersih. Asal korang kena tahu, para pekerja akan bekerja lama jika boss mereka memberi layanan yang sepatutnya mereka dapat. Yang paling penting, mereka tahu bagaimana menghormati korang.

 

3) Pilih hadiah yang sesuai untuk hubungan.

Takkan korang nak bagi hadiah yang berharga RM 3? Tak masuk akal, ia sudah seperti menghina. Apa salahnya jika korang melabur sedikit untuk mereka. Dan kadang-kadang pelaburan yang banyak itu mendatangkan keuntunggan yang berganda. Jangan kedekut dan cuba nikmati kebaikan korang. Daripada korang bayar budak-budak intern sebanyak RM 300 tetapi end up tidak buat kerja? Jadi jangan rasa menyesal

 

4) Selitkan sedikit nota.

Untuk bagi penambah perisa setiap pemberian tu, apakata selitkan nota penghargaan. Nota mestilah ditulis tangan daripada boss atau manager mereka, walaupun para pekerja korang dapat hadiah sama, tetapi isi kandungan nota itu yang membezakan nilai nya. Ala apa salahnya korang jadi sporting sedikit. Menghargai seseorang ini sebagai tanda mereka amat di alu alukan di syarikat korang.

 

Asyik serious bekerja, apakata korang jadi sedikit sporting, layanlah pekerja korang seperti keluarga sendiri. Takkan rugi apa pun, sebaliknya mereka yang mendatangkan keuntungn. Dan kepelbagaian idea itu korang boleh fikirkan sendiri. Jadilah seseorang yang kreatif dan kalau usaha korang tu berbaloi mesti para pekerja akan sayang dengan boss mereka.