Kekosongan Internship Sebagai Writer Elaun RM1500, Tiket Wayang, Sarapan & Lunch Diberi Percuma! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kekosongan Internship Sebagai Writer Elaun RM1500, Tiket Wayang, Sarapan & Lunch Diberi Percuma! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 22, 2016
pada 2:05 AM

Dah sampai waktunya untuk melanjutkan semester baru korang ke alam Internship pula tapi tiada masa hendak cari tempat latihan? Tawaran penempatan Internship ini memang masih mencari calon Intern yang terbaik bagi jawatan Writer di U Port Management Sdn Bhd! Elaun yang diberikan juga lumayan sehingga RM1500 sebulan! Syarikat ini memang hebat kerana pelbagai manfaat tambahan diberikan walaupun hanya Intern. Sarapan pagi & makan tengahari diberi secara PERCUMA! Tiada pengangkutan nak ke tempat kerja? Jangan risau elaun pengangkutan disediakan untuk korang! Untung habis tawaran Internship ni! Jangan tunggu lagi, rebut & mohon terus untuk jawatan ini!

 

Keperluan

  • Calon mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kewartanan, Komunikasi Massa, Bahasa Inggeris atau dalam bidang yang berkaitan.

Tanggungjawab

  • Boleh berkomunikasi secara profesional & berkelakuan sopan
  • Mempunyai kemahiran penyelidikan & berkeupayaan untuk menulis dengan tepat & penuh keyakinan
  • Bertanggungjawab untuk mebuat kajian, penulisan & mengurus idea
  • Menjalankan sesi temuduga, membuat ulasan tentang produk atau servis, mewujudkan strategi, bekerja dengan pereka grafik & membentangkan proposal.

 

 

Manfaat tambahan

  • Free breakfast and lunchPercuma Sarapan Pagi & Makan Tengahari
  • Elaun pengangkutan akan diberikan, jikalau menaiki UBER
  • Percuma tiket wayang setiap minggu

Lokasi Kerja

Penempatan Internship semakin sengit sehingga korang terpaksa travel jauh untuk ke tempat kerja? Lokasi Internship ini terletak di Petaling Jaya, Selangor! Memang amat mudah untuk korang ke tempat kerja! Tak perlu pening kepala lagi semuanya berdekatan dengan korang, makanan disediakan, hati senang! Jom mohon sekarang Internship sebagai Business Proposal Writer hari ini!