Kerja Dengan Watson's, Gaji Sampai RM 2,500, Siap Bonus Sampai 4 Bulan & OT? Untungnya Orang Pahang!
# Jenis Pekerjaan

Kerja Dengan Watson's, Gaji Sampai RM 2,500, Siap Bonus Sampai 4 Bulan & OT? Untungnya Orang Pahang!

post by Izuan

by Izuan

Dec 22, 2016
pada 5:58 AM

Apa yang menariknya kalau kita bekerja di Watson's ni, kami akan dedahkan disini! Tapi sebelum itu ketahui butiran lanjut mengenai pekerjaan yang akan kami tawarkan ini, jawatan yang Watson's sediakan ini khas bagi semua warga Pahang yang sedang giat mencari pekerjaan diwaktu hujung tahun ini.

Jadi, apa yang Watson's offer kepada warga Pahang? Ia adalah Supervisor/Assistant Supervisor dan Supervisor Trainee! Jom kita lihat apa keperluan dan manfaat yang disediakan bagi kedua-dua jawatan ini.

 

Antara keperluan dan ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang Supervisor/Assistant Supervisor di Watson's ini adalah perlu memiliki sekurang-kurangnya berkelulusan SPM atau Diploma ke atas. Seorang yang berdikari, skill follow-up dan interpersonal yang baik, adaptable dan bersemangat tinggi merupakan keutamaan untuk memohon jawatan ini. Mudah bukan?

 

Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang pemakanan & minuman (F&B) merupakan satu kelebihan, tapi kalau tak ada pun tak kisah. Mohon sahaja, jangan segan silu. Watson's amat mengalu-alukan Watson's kehadiran para graduan muda, pintu dah terbuka luas untuk anda! Jawatan ni memang sesuai dengan sesiapa mempunyai kelulusan Degree! Oh ya, kedua-dua jawatan ini akan menawarkan gaji RM 25000 tau! Gaji dah boleh tahan, lepastu manfaat memang terkedu dibuatnya.

 

Bonus Sehingga 4 Bulan!

Ya, tak tipu! memang betul ada bonus sehingga 4 bulan. Bukan semua tempat kerja tau ada menawarkan pakej yang macam ni. Agak mustahil kalau kerja-kerja untuk lepasan SPM boleh dapat pakej menarik sebegini. Memang berbaloi kalau jadi ahli keluarga Watson's kan?

 

Kenaikan Gaji Setiap Tahun

Takkanlah kerja dah penat-penat tak dapat sebarang hasil kan? Kat Watson's mesti dapat punya! Dahla bonus melambung, dapat naik gaji lagi, kalau dapat semua tu dalam satu masa. Pasti korang akan rasa diri sangat dihargai.

 

Diskaun Staff

Tak perlu risau untuk beli barang keperluan harian yang harga sekarang makin melambung-lambung mahalnya, pergi je dekat Watson's tu dan ada special price untuk anda! Diskaun staff akan disediakan kepada semua ahli-ahli Watson's. Bestnya!

 

Manfaat Lain :

  • Bayaran OT
  • Cuti Tahunan
  • Manfaat Perubatan
  • Perlindungan Insurans

Sekali lagi kami ulangi, terbuka kepada semua cawangan Watson's di Pahang. Jadi, orang Pahang semua, jom ramai-ramai mohon sementara peluang tu masih ada.