Jangan Biarkan 3 Kejayaan Dalam Syarikat Korang Ni Sebagai Punca Kegagalan - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Jangan Biarkan 3 Kejayaan Dalam Syarikat Korang Ni Sebagai Punca Kegagalan - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 23, 2016
pada 3:44 AM

Korang baru je berjinak-jinak dalam dunia syarikat ataupun perniagaan, dan tanpa disedari syarikat tu membesar dengan pesat dan berjaya. Memang rezeki korang lah, siapa tak nak berjaya kan? Tetapi atas tindakan yang salah di atas kejayaan tu, boleh dengan sekelip mata memusnahkan segalanya. Banyak sebenarnya yang perlu dilakukan untuk berjaya dan bukan mudah dan mempunyai jalan pintas. 

Memandangkan korang ni pun baru sahaja bermula, mesti memerlukan motivasi yang tinggi untuk mengelakkan benda yang tak diingini berlaku, yakni rugi. Sesetengah orang dah berjaya ni mereka lupa daratan. Entah-entah korang kot? Hehe! Admin gurau sahaja. Okey jadi mari kita lihat antara kejayaan yang boleh menjadi kepada punca kegagalan :

 

1) Berkembang pesat.

Perkembangan datang dengan dua cara : Antaranya perkembangan yang tidak terurus, jika korang melabur dan percaya ianya akan membesar sendiri tanpa apa-apa usaha, korang silap! Mana ada kerja mudah sekarang ini. Penyelesaianya adalah susun semua pengurusan syarikat korang tu dengan lebih professional. Dan syarikat lain akan menunggu korang jatuh, jadi masa itu mereka mengambil kesempatan. Jadi walaupun kesilapan kecil pun, cepat-cepatlah selesaikan. Masalah kedua ialah kadang-kadang pelanggan kita berubah-ubah, korang akan mendapat projek lagi besar dan bertambah besar. Jadi perlu menyusun startegi dari berlainan sudut dan backup plan.

 

2) Kekeringan idea.

Disebabkan keatas kejayaan korang yang hebat dan kreatif sebelum ini, tetapi korang tak rancang untuk masa hadapan dan tidak mempunyai target apa untuk dicapai. Takkan nak memberikan produk yang sama sahaja, lama-lama pelanggan korang akan bosan juga. Mengambil pekerja yang salah dan tidak berbakat juga boleh menjadi punca syarikat korang gagal dalam kejayaan. Dan kadang-kadang mereka hanya menyelinap, jadi segala rahsia dan strategi itu harus dirahsiakan dan disimpan dengan orang yang dipercayai sahaja. 

 

3) Persaingan hebat.

Tiba-tiba sahaja syarikat korang dikenali ramai, macam tak percaya korang berjaya padahal korang baru sahaja bermula. Tetapi asal korang kena tahu, tak semua orang gembira dengan kejayaan orang lain. Jangan memandang rendah kepada orang lain kerana mereka boleh bertindak lebih agresif dalam persaingan perniagaan. Bukan korang sahaja yang berniaga dalam dunia ini. Jadi langkah kawalan dan berhati-hati perlu di ambil.

 

Jika berjaya denga cepat tu, tak perlu lah untuk menunjuk dan melupakan segala kesusahan, sebenarnya syarikat baru ni belum stabil lagi dan tiada jaminan untuk kekal lama. Segala keuntungan tu digunakan untuk pelaburan dan memperbaiki mana yang berkurang. Yang penting korang tahu bagaimana nak menguruskan dan harap tidak tersalah langkah. Jika korang berjumpa dengan kegagalan, ambil itu sebagai ikhtibar dan segala pengalaman itu mengajar kita. Kegagalan itu adalah satu platform untuk kita menjadi lebih bagus. Jadi semoga berjaya untuk korang tu!