4 Peringkat Yang Korang Bakal Lalui Apabila Kawan Berhenti Kerja - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Peringkat Yang Korang Bakal Lalui Apabila Kawan Berhenti Kerja - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 26, 2016
pada 2:40 AM

Sedihnya hati apabila dapat berita yang kawan rapat di office tu bakal berhenti tidak lama lagi. Lepas ni nak pergi lunch dengan siapa lagi? Susahnya nak biasakan diri lepas ni. Hmmm.. Walaupun korang sebenarnya dah tahu yang kawan korang tu bakal berhenti, mesti lah korang terasa juga penangannya bukan? Perasaan bercampur-baur dan susah hati memikirkan hari-hari mendatang tanpa dia. 

Bukan semua perubahan itu senang untuk diterima, tambah-tambah lagi apabila orang tersebut adalah kawan rapat korang sendiri di office. Sedar tak sedar, korang pasti akan melalui kesemua peringkat ini apabila kawan rapat korang di office berhenti kerja:

 

1. Peringkat 1: Refleksi diri

Sebaik sahaja orang tersebut melakukan pengumuman yang dia bakal berhenti, mesti korang akan berbisik "Betul ke ni? Mimpi ke semuanya?" Jangan risau, korang bukannya paranoid kerana perkara ini memang normal untuk dirasai. Peringkat pertama yang terjadi adalah korang akan berasa terkejut dan sedikit emosi.

Perlu juga diingatkan yang bukan korang je yang perlu memproses berita tergempar ini. Semua orang di company itu perlu menerima kenyataan, samada bos korang, pekerja-pekerja lain, dan semuannya lah. Mereka juga akan beremosi dan sedih juga. Jadi tidak perlu lah nak buat drama menangis teresak-esak sampai melutut suruh dia stay juga. Jangan buatkan dia rasa bersalah dan berfikir berkali-kali untuk pergi atau tidak kerana korang. Bisnes tetap berjalan seperti biasa, masa tetap berputar dan semua rutin akan berjalan seperti biasa, hidup perlu diteruskan juga. 

 

2. Peringkat 2: Tumpang gembira dengan keputusannya

Apabila korang sudah tenang daripada  perasaan terkejut itu, korang bakal memasuki peringkat di mana korang akan gembira pula. Korang memang benar-benar tumpang gembira dengan keputusan rakan tersebut. Dia sudah bekerja keras dan memang berhak untuk nak lakukan keputusan sebegitu. Korang akan mula melakukan persiapan jamuan atau pun farawell party. Saat ini, korang sudah boleh move on dan paling beriya dalam mencari hadiah buat kawan tersebut. 

 

3. Peringkat 3: Tertekan

Memang lah korang akan rasa gembira bagi pihak dia tetapi gembira tu tak tahan lama. Korang bakal merasai kembali rindu dan tertekan apabila memikirkan realiti rutin tanpa dia. Korang akan mula panik, sebab lepas dia pergi dekat siapa lagi yang korang boleh bertanyakan soalan? Bagaimana nak belajar kesemua ilmu yang dia ada dalaam masa yanng singkat ini dan betul-betul pro sebelum dia berhenti? Macam mana kalau bos mula bandingkan yang dia lagi bagus daripada korang dalam buat kerja? Aduh, stress nya. 

 

4. Peringkat 4: Motivasi diri

Apabila diri diselubungi dengan bermacam persoalan, kebimbanga dan juga tekanan ada satu sahaja cara untuk nak tenangkan diri. Take action! Jangan lengah-lengahkan lagi kerja kerana masa akan terus berputar. Korang perlu cepat-cepat tangkap kesemua ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Belajar dari mereka yang pakar dan terutama sekali kawan korang yang bakal meninggalkan office itu. 

Motivasi kan diri dengan mengatakan "mungkin ada hikmahnya apabila dia berhenti." Kalau korang benar-benar rapat, boleh terus kemukakan soalan mengapakah mereka bertindak dengan meletak jawatan? Sekurangnya apabila korang sudah dapat tahu pokok pangkalnya boleh juga motivasi kan diri, betul tak?

Jika korang bakal melalui situasi yang sama dimana rakan sekerja korang yang paling rapat bakal meninggalkan office, persiapkan diri selengkap-lengkapnya. Ini adalah 4 peringkat yang korang pun bakal lalui tanpa tidak sedar. Daripada korang stress melebih-lebih dan beremosi tidak tentu pasal, lebih baik lah korang baca dan ambil info-info penting untuk biarkan diri korang tu gembira dan mereka juga gembira dan senang hati.