Jaga 7 Kelakuan Ini Jika Menjalani Sesi Interview Melalui Video Call Atau Kena Reject Terus!
# Pengetahuan Interview

Jaga 7 Kelakuan Ini Jika Menjalani Sesi Interview Melalui Video Call Atau Kena Reject Terus!

post by Izuan

by Izuan

Jan 3, 2017
pada 3:43 AM

Rasanya jarang juga syarikat-syarikat di Malaysia ini menjalankan sesi interview menerusi panggilan video, tetapi ada sahaja yang menggunakannya. Kebiasannya interview secara panggilan video ini akan dijalankan jika berlaku sebarang kesulitan, misalnya masalah jarak jauh antara calon dan majikan, majikan sibuk, ataupun bekerja freelance. 

Dalam menjalani sesi interview panggilan video, anda tidak boleh dilakukan sambil lewa kerana situasinya sama seperti interview secara nyata cuma bezanya hanyalah secara berjauhan. Jika anda ramalkan interview melalui panggilan video ini mudah, anda salah! Ini kerana interview dari rumah jauh lebih mencabar berbanding dengan di pejabat.

Jadi, jaga kelakuan anda disaat sesi interview sedang berjalan. Kalau tak, jangan tanya kenapa kalau majikan tiba-tiba "End Call", maknanya tak dapat lah tu. Selain itu ada juga cara paling 'smart' untuk memastikan semuanya sempurna.

1. Bersihkan Segala Bilik Daripada Bersepah Serta Bunyi Bising!

Mungkin agak klise tapi ia selalu terjadi dimana calon selalu lupa mematikan telefon, bunyi printers, tutup tingkap sehingga bunyi bising dari jalan, kedengaran suara ibu bising dan kucing tiba-tiba melompat di atas meja! Ini semua bukan sahaja menganggu sesi interview, ia akan mengganggu rekruter juga.

Cari ruang sunyi dan bersedia awal-awal apabila waktu telah ditetapkan. Kunci pintu supaya tidak ada orang lalu dibelakang anda, pasikan segala-galanya 'bersih' daripada sebarang gangguan bunyi.

2. Letakkan 'Blank Wall' Sebagai Latar Belakang

Interview melalyu panggilan video adalah lebih mencabar berbanding secara nyata. Setiap apa yang majikan lihat akan dinilai, mungkin bagi anda corak dinding yang bertampal gambar selebriti atau kain langsir itu kelihatan menawan. Tetapi setiap orang ada citarasa sendiri mungkin ia tidak menepati citarasa majikan, malah ia tidak formal dan sangat tidak beretika. HIRING IS DISCRIMINATION! Jadi, pastikan hanya ada anda di dalam kamera.

3. Berpakaian Lengkap Penuh! Bukan Sampai Ke Paras Pinggang!

Pakai sahaja kemas-kemas seperti mana anda menjalankan sesi interview secara nyata walaupun lokasi kali ini hanya dibilik. Jangan pakai kemas hanya paras pinggang. Dengan cara begini majikan dapat baca 'tricks' calon, ada kemungkinan mereka mahukan anda untuk berdiri, jadi jangan malukan diri sendiri dihadapan majikan.

4. Tutup Semua Software!

Jangan cuba-cuba streaming sambil muat turun movie, buka Facebook, Youtube dan sebagainya! Ia akan menggganggu kualiti 'connection' untuk anda berinteraksi bersama majikan. 

5. Cetak Semua Nota

Elakkan menggunakan sticky notes semasa interview! Bunyi keyboard turut mengganggu sesi temuduga. Ingat tu! mata hadap kamera jangan pandang segala apa yang keluar di skrin komputer anda. Mata mereka akan lebih tajam untuk memandang kearah mata anda di mata arah tuju pandangan anda sewaktu majikan sedang menerangkan sesuatu. Fokus!

6. Duduk Diatas Bangku Atau Kerusi

Pilih kerusi yang menampakkan anda duduk tegak, jangan bersandar atau menampak diri anda berada dalam keadaan yang betul-betul selesa.

7. Adjust Lighting Dengan Baik

Letakkan spotlight di sebelah webcam dan 'adjust' semula dengan agar majikan boleh melihat anda dengan jelas. Kadang-kadang cahaya dibilik, waktu atau cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan lampu pencahayaan terganggu. Jadi, persiapkan diri awal-awal untuk memstikan segalanya berjalan dengan sempurna.