Kerja Apa Di Brands Outlet Yang Bergaji Sehingga RM 5,500 & Bonus Untuk Lepasan Diploma Ni?
# Jenis Pekerjaan

Kerja Apa Di Brands Outlet Yang Bergaji Sehingga RM 5,500 & Bonus Untuk Lepasan Diploma Ni?

post by Izuan

by Izuan

Jul 21, 2023
pada 10:32 AM

Jarang sangat-sangat lepasan Diploma boleh dapat tawaran gaji setinggi RM 5,500 macam Brands Outlet ini tau! Biasanya purata untuk lepasan tahap ini tak sampai RM 2,000 pun. Ditambah pula dengan manfaat yang begitu memberangsangkan, yang pasti buatkan anda rasa terpanggil untuk mohon kerja di Brands Outlet.

Pos ini khas ditujukan kepada 'kaki fesyen' yang tinggal di sekitar Kajang, Selangor. Cawangan Tesco Extra di lokasi tersebut sedang mencari lepasan Diploma untuk bekerja dengan mereka! 

Jawatan ini tidak terhad kepada mereka yang berpengalaman ataupun tidak, graduan muda juga digalakkan untuk memohon! Cuma, ia menjadis atu bonus bagi Brands Outlet jika anda mempunyai 1 hingga 2 tahun pengalaman dalam bidang ini. Tapi tak wajib pun!

Antara tugas utama untuk bekerja sebagai Retail Store Operations Executive ini, tugas anda adalah membantu operasi dan memerhati disiplin staff. Kerja ini memerlukan anda bekerja shift, sewaktu cuti umum, hujung minggu dan tempoh durasi yang lama tau. Kalau anda rasa anda layak kerja sebagai Retail Store Operations Executive memang sesuai untuk anda! Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi :

 

Bonus Prestasi
Kalau prestasi korang cukup memberangsangkan, korang akan mendapat bonus berdasarkan KPI yang mereka telah tetapkan. Selain itu, kami yakin mesti korang suka dengan manfaat lagi satu ini.
 
Diskaun Staff
Inilah apa yang kami maksudkan, tak perlu pergi ke butik lain kalau dah kat tempat kerja sendiri pun boleh bershopping siap dapat diskaun istimewa lagi. Tak perlu kumpul duit untuk beli baju mahal-mahal di butik lain
 
Manfaat Lain
  • Gaji memberangsangkan
  • Cuti tahunan
  • Perindungan perubatan
  • Perlindungan Insurans (GHS, GPA & GTL)
  • Uniform
  • Training

LOKASI

  • Tesco Extra Kajang, Selangor

Beruntung bagi sesiapa yang bekerja di Brands Outlet ini. Kerja di tempat shopping, kalau nak beli baju ada je depan mata. Dah tu dapat diskaun pula tu. Bila dah mohon, kerja elok-elok tau! Selamat berjaya!