Video Real Footage Majikan Downgrade Resume Millenia, Namun 'Tersentak' Apabila Tahu Pemiliknya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Video Real Footage Majikan Downgrade Resume Millenia, Namun 'Tersentak' Apabila Tahu Pemiliknya

post by Izuan

by Izuan

Jan 4, 2017
pada 2:57 AM

Kita semua sedia maklum yang peluang pekerjaan sekarang begitu terhad, lebih-lebih lagi zaman ini merupakan zaman millenia/Gen- Y yang terkenal dengan sikap negatif mereka dalam kalangan persepsi majikan yang tergolong dalam generasi lama.

Sikap millenia yang pemalas, suka buat kerja sambil lewa, tak suka dengan tekanan, masalah adab dan bermacam-macamlah perkara negatif yang ada dalam minda mereka. Persoalannya adakah semua millenia ini bermasalah sehinggakan wujudnya sikap segelintir majikan yang gemar 'jatuh hukum' terhadap mereka.

Ini juga merupakan penyebab kenapa ramai millenia sukar mendapatkan kerja! Video ini menunjukkan footage sebenar bagaimana majikan menilai resume para millenia yang serba serbi tak kena, namun apabila identiti didedahkan, masing-masing tersentak!

Video

Selepas identiti didedahkan barulah majikan-majikan ini terkedu apabila orang yang menghantar resume kepada mereka bukan calang-calang orang, tuan empunya resume sengaja mengisi resume ala infografik bagi mengaburi mata majikan.

Orang yang menghantar resume itu adalah orang ternama ,iaitu seorang pengarah filem terknal Ang Lee 64, yang pernah tiada kerja pada umur 33 tahun, Wu Pao-chun seorang baker terkenal di Taiwan 47 tahun.

Lebih mengejutkan apabila orang ketiga yang menghantar resume itu adalah orang terdekat mereka, ada rakan baik,malah anak mereka sendiri. Persepsi mereka semua berubah serta merta.

Jadi, berhenti 'judge' millenia kerana kita tak tahu potensi mereka. Kesimpulannya, para majikan tidak sepatutnya takut untuk mengambil millenia bekerja dengan anda, mereka juga sama seperti anda sewaktu muda dahulu yang banyak cacat celanya.