Ini Antara 6 Sumbangan Faiz Subri Dalam Industri Bola Sepak Tanah Air
# Trending Semasa

Ini Antara 6 Sumbangan Faiz Subri Dalam Industri Bola Sepak Tanah Air

post by Izuan

by Izuan

Nov 16, 2023
pada 5:32 PM

Awal pagi tadi, pemain bola sepak tempatan Faiz Subri telah dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Puskas 2016. Kemenagan yang diumumkan di majlis  'The Best Fifa Awards'™ yang berlangsung di Zurich itu sekaligus menjadikan sepakan magisnya ketika pasukannya Pulau Pinang menentang Pahang adalah pada Febuari 2016 sebagai tercantik di dunia sepanjang tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, Team Maukerja Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri atas kemenangan yang telah melakar sejarah negara Malaysia di persada dunia. Atas kejayaan beliau, berikut adalah sumbangan yang Faiz Subri telah berikan sepanjang penglibatannya dalam industri bola sepak tanah air.

1. Salah Seorang Ahli Skuad Muda Kedah Di Awal Kerjaya

Sebagai anak jati Kedah, Faiz Subri memulakan langkah kerjayanya bersama skuad muda Kedah FA dari tahun 2006 hingga 2009 sebelum beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis. 

2. Pernah Bersama Perlis FA Pada Tahun 2010 & T-Team FC Pada Tahun 2012

3. Menabur Bakti Bersama Kelantan Sehingga Akhir 2014

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika namun, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan 

4. Menyertai Pasukan Pulau Pinang FA & Mewakili Skuad Kebangsaan Pada 2015.

Pada bulan Ogos 2015, Faiz kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.

5. Mencipta Kejutan Pada Febuari 2016 Dengan Sepakan Luar Biasa Ketika Menewaskan Pahang FC

Dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016.Video sepakan magis tersebut menjadi viral di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997.

Gol hasil sepakan percuma yang dilakukan oleh beliau dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.Gol itu juga disebut-sebut sebagai bakal antara calon Anugerah Puskas FIFA 2016. Hasilnya..

6. Tercalon Sebagai Finalis & Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016!