Kalau Bos Korang Lakukan 3 Cara Ini, Pasti Meeting Tak Rasa Bosan Lagi - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kalau Bos Korang Lakukan 3 Cara Ini, Pasti Meeting Tak Rasa Bosan Lagi - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 12, 2017
pada 2:56 AM

Kenapa kita kena selalu hadiri meeting? Kadang-kadang tu sampaikan setiap hari ada je boss panggil suruh meeting. Penting sangat ke? Kalau meeting memang berbincang mengenai hal yang penting tak apa lah juga. Hmmm..Mungkin korang kena share atau tunjukkan dekat boss korang tu artikel ni bagi dia tahu dan faham cara yang terbaik untuk nak lakukan meeting. Kalau boss korang lakukan kesemua tips ni mesti korang tak akan rasa bosan lagi untuk nak hadiri meeting:

 

1. Ajak mereka yang diperlukan sahaja

Ini memang paling penting sekali yang perlu diaplikasi oleh kesemua boss di dunia ni. Katakan lah meeting itu bertujuan untuk membincangkan mengenai sales bulan lepasa, maka ajak lah department sales dan mungkin orang atasan untuk mendengar kesemua info. Ini tidak, dia pergi ajak satu office tu sampaikan HR yang tak ada kena mengena pun ada dalam meeting. Boss nak diorang buat apa? 

Ada 2 tips di sini, ajak mereka yang betul-betul penting untuk sesebuah meeting dan ajak mereka yang perlu ada dalam meeting itu. Senang je. Tidak perlu nak buang masa pekerja lain untuk hadiri meeting yang tidak ada kena mengena dengan mereka. 

 

2. Perkemaskan agenda meeting 

Meeting ni sepatutnya mesti kena ada agenda yang telah siap tersedia. Jangan bila nak lakukan meeting baru lah nak fikirkan "apa ye agenda kita harini?" Tak perlu lah nak buangkan masa sebegini, kerana masa tu tak ke emas?

Sebelum korang nak buat meeting, perkemaskan dahulu agenda meetingdari A sampai Z. Senaraikan apa yang korang mahu bincangkan dan dari situ, kesemua yang hadir akan tahu intipati meeting dan sudah bersedia dengan isu dan topik yang mahu dibincangkan. 

 

3. Jangan 'drag' meeting please

Tak ada sesiapa yang suka meeting yang panjang-berjela ni. Walaupun ada banyak isu yang mahu dibincangkan, cuba untuk kekalkan meeting itu ringkas dan padat. Kalau ada perkara  yang boleh dibincangkan secara persendirian dengan individu tersebut, maka jangan pula lakukannya sewaktu meeting. Korang hanya mahu berbincang dengan pekerja itu, jadi yang lain dalam bilik mesyuarat tu nak buat apa? Pasang telinga?