Dari RM55 Jadi RM23.40 Ke KLIA, Jimat Lebih 50% Tambang ERL Dengan 3 Cara Bijak Ini.
# Trending Semasa

Dari RM55 Jadi RM23.40 Ke KLIA, Jimat Lebih 50% Tambang ERL Dengan 3 Cara Bijak Ini.

post by Izuan

by Izuan

Jan 16, 2017
pada 4:19 AM

Bermula awal tahun lepas, tambang tren ERL untuk ke KLIA telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55, dari KL sentral ke KLIA/KLIA2 satu peningkatan yang begitu drastik sekali. Memang 'sakit' bagi kalangan kaki travel atau mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri. Pakai alternatif lain seperti Uber atau Grabcar yang lebih murah, risau pula kesesakan lalu lintas.

Jadi kami nak kongsikan bagaimana korang boleh jadikan tambang tersebut lebih murah! Bahkan lebih murah daripada harga sebelum dinaikkan lagi! Jimat lebih daripada 50% bajet tambang anda, hanyalah lakukan 3 langkah bijak ini, jimat wang & jimat masa untuk ke lapangan terbang!

1. Dari KL Sentral, Beli Tiket KLIA Transit Ke Putrajaya = RM 14.00

2. Di Stesen Putrajaya, Beli Tiket Ke KLIA = RM 9.40

RM 14.00 + RM 9.40 = RM 23.40 Harga asal RM55, dari sini korang dah jimat sebanyak RM31.60 tau! Lebih daripada 50%! Bahkan lebih murah daripada harga sebelum tambang ini naik iaitu  RM35. 

3. Tunggu 15-20 Minit Sajaha Untuk Tren Yang Seterusnya!

Rancang jadual korang sebelum memulakan perjalanan, boleh rujuk disini untuk melihat jadualnya. Mudah bukan? Selamat mencuba!