'Senior Assistant Manager' | 'Senior Marketing Director' | 'Graphic Designer' |

by Shasha
'Senior Assistant Manager' | 'Senior Marketing Director' | 'Graphic Designer' |
Antara nama jawatan yang selalu buat ramai terpesona apabila mendengarnya. Banyak lagi sebenarnya nama jawatan yang gah sering direbut oleh para Job Seekers di laur sana kerana daripada nama saja korang dah boleh berangan cara kerja, berpakaian kemas dan smart, disanjung tinggi oleh coworkers lain. Memang seronok lah hati tu rasanya kan?
Namun, adakah nama jawatan ini perlu dititikberatkan agar korang dapat rasa dihormati, centre of attraction, idola dan sebagainya? Memang tidak dinafikan ianya bukanlah perkara yang paling utama perlu diberi perhatian. Korang kena ingat, walau tinggi mana pun nama jawatan dalam sesebuah syarikat ianya tidak bermakna kalau 4 perkara ini tiada.

Jikalau nama pangkat sahaja yang penting tetapi tidak memenuhi syarat yang secukupnya sebagai pekerja pun tiada gunanya. Nama je team leader tetapi anak-anak buah diketepikan kerana ingin majukan diri sendiri. Setiap pekerjaan bukanlah untuk self performance semata-mata, ianya harus dilengkapi dengan unsur-unsur kerjasama dengan coworkers yang lain juga.

Okay, soalan : selalunya sesuatu idea itu tercetus kemudian dijadikan sebagai panduan untuk tugasan besar, siapa yang selalu diberi kredit? Mesti ramai yang mahu jawab 'leader lah yang dapat kredit, kami ni machai je'. Ini dah menunjukkan yang korang tidak profesional menjalankan tugas sebagai pekerja. Jikalau ianya hasil kerjasama bersama walaupun sumbangannya sedikit, tetap hasil bersama.

Kita juga manusia yang sentiasa buat kesilapan, jadi tak semuanya yang akan kita buat betul. Sesuatu pasukan itu kukuh jikalau semua orang diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat dan membuat keputusan mengikut persetujuan bersama. Jadi akhirnya, semua orang dapat memperbaiki dan memajukan diri. Ha kan best begitu?

Memang kalau nak sukat ego semua orang, ianya jauh lebih tinggi daripada menara berkembar KLCC tu. Apabila ego menguasai diri, memang akan cetuskan pelbagai masalah dalam jangka masa panjang. Merendahkan ego pada diri bukanlah menandakan kelemahan korang. Ingat, setiap orang dilahirkan dengan keistimewaan yang berbeza dan unik jadi jikalau korang bergabung tidak mustahil jikalau keputusannya hebat.