Dari Kecil Sampai Besar, Mesti 90's Masih Lagi Layan 10 Kartun Nostalgia Ini Kan? - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Dari Kecil Sampai Besar, Mesti 90's Masih Lagi Layan 10 Kartun Nostalgia Ini Kan? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 18, 2017
pada 3:15 AM

Zaman kanak-kanak korang memang bosan lah kalau tak membesar dengan menonton kartun serta anime yang gempak ni. Kalau tengah main dekat luar tu, tepat je pukul 7 mesti berlari nak bukak tv dan tengok Crayon Shin Shan betul tak? Sampai kena marah dengan mak suruh peprgi mandi dulu. Ada juga beberapa kartun yang ditayangkan pada hujung minggu kan? Jom tengok 10 kartun dan anime yang paling diingati oleh kanak-kanak zaman 90's: 

1. Crayon Shin Chan

Ini ceriita yang wajib waktu zaman kanak-kanak ni. Pukul 7 je dah tercegat depan tv nak tunggu cerita Crayon Shin Chan. Tapi budak zaman sekarang ni lebih terdedah pada kartun baru iaitu Upin & Ipin kan? Siapa yang tak suka cerita mengisahkan budak lelaki berumur 5 tahun dengan perangai pelik dan 'gatal' dia, lagi lah menghiburkan hati. Apa yang korang paling ingat mengenai cerita ni? Mesti 'gajah' Shin Chan kan? Haha

 

2. Doraemon

"Doraemon, tolong lah saya!" Ini je lah ayat yang sering kali keluar daripada mulut Nobita. Nobita, seorang budak lelaki yang amat lemah dalam matapelajaran dan sering kali dibuli oleh sepasang kawan bernama Gian dan Suneo. Doraemon ini lah penyelamat Nobita dan cerita ini sudah banyak dijadikan sebagai movie. Amat sedih sekali dan mengajar erti nilai persahabatan. Siapa ingat ayat ini, "Doraemon! Keluarkan lah alat awak!" Nostalgia sangat.

 

3. Detective Conan

Mengisahkan seorang lelaki yang bertukar menjadi kanak-kanak dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah jenayah dengan berpandukan petunjuk. Ini macam versi Sherlock Holmes diadaptasikan dalam bentuk kartun lah. Scene yang paling ditunggu-tunggu adalah apabila Conan menyuntik ubat tidur pada pakciknya dan bertukar menjadi pakcik untuk menyelesaikan masalah. Masalahnya, setiap kali pakcik dia tertidur, elok je terduduk sambil bersilang kaki. Hmmm.

 

4. Sailor Moon

"Moon Prism Power! Make-up!" Setiap kali apabila gadis biasa ini mahu bertukar menjadi Sailormoon ini lah ayat yang akan diucapkan. Jangan tipu lah kalau korang tak pernah berdiri depan tv sambil tangan di atas dan jerit ayat ini kan? Sambil tu terbayang diri bertukar menjadi Sailormoon. 

 

5. Slam Dunk

Ini satu lagi cerita yang tak boleh dilupakan. Kartun ni memang beri impak yang besar lah kepada pelajar sekolah waktu tu dan jauh lebih hebat daripada Naruto. Bila tengok je kartun tu terus terasa nak jadi pemain basketball untuk pasukan sekolah. 

 

6. Dragonball

Tak cukup hebat lah zaman muda korang kalau tak pernah tengok cerita Dragon Ball. Ini memang kartun paling ikonik sekali yang mengisahkan mengenai budak lelaki bernama Goku. Ini kartun yang jauh betul perjalanan dia dari Dragon Ball Z sehingga lah Dragon Ball GT, dan terlalu banyak sangat pertempuran yang dia pernah lalui. Ayat paling famous sekali mesti lah "kame-hame-HA!!!!" Lawak yang evergreen pula adalah "Sebenarnya Dragon Ball ada 7 biji semuanya."

 

7. Digimon

Digimon ni zaman budak-budak main Tamagotchi sampai lebam! Ini memang best betul sebab rasa macam power je bila dapat kumpul Digimon yang mempunyai karakter yang berbeza dan jerit "Digimon bertukar!". Berapa banyak evolusi Digimon ni tak terkira dah. Cuba beritahu siapa sini yang menangis sewaktu episod terakhir? 

 

8. Cardcaptor Sakura

Kalau nak bercakap mengenai anime magik perempuan di Malaysia ni, kalau bukan Sailor Moon mesti lah Cardcaptor Sakura. Cardcaptor Sakura ni lain daripada Sailor Moon sebab dia ni macam idola kanak-kanak perempuan dengan kostum dia yanng cantik belaka. Ingat tak dia ada crush dekat kawan abang dia? Comel betul cerita ni.

 

9. Ninja Boys

Dengar je lagu opening dia tu, Yuuki 100% mesti dah tak sabar nak tengok kan? Lagu dia ni memang popular betul dan mesti masih segar di ingatan korus dia kan? Mengisahkan 3 karakter dari pelbagai latar belakang yang berbeza, tapi yang penting karakter paling mencuit hati mesti lah Shinbei Fukutomi yang tak habis-habis makan. 

 

10. Pokémon

 

Peminat Pokemon semua, okay korang tak perlu nak buktikan lagi sebab dengan musim Pokemon Go yang melanda memang korang ni true fan lah. Kalau korang hebat, ada berapa kesemua sekali Pokemon dan namakan kesemuanya? Haa ini soalan susah ni. Paling best sekali bila baling bola untuk nak tangkap Pokemon ataupun bila jerit "I choose you!"