Beginilah Isi Kandungan Nutella Yang Korang Suka Sangat Tu, LIhat Amaun Gula!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Beginilah Isi Kandungan Nutella Yang Korang Suka Sangat Tu, LIhat Amaun Gula!

post by Izuan

by Izuan

Jan 19, 2017
pada 2:55 AM

Mesti ramai antara kita yang memang addicted dengan Nutella kan? Tak sama dengan sapuan inti coklat yang lain, kombinasi coklat digabungkan dengan kacang hazel yang begitu enak sekali. Lebih-lebih lagi bila melihat gubahan produk tersebut menghasilkan satu hidangan seperti yang menggiurkan sepetimana ditayangkan dalam video-video masakan dilaman sosial.

Pasti korang tertanya-tanya apakah ramuan rahsia untuk menghasilkan coklat yang lain daripada yang lain itu. Ada yang menganggap bahawa produk itu dihasilkan daripada koko yang berkualiti tinggi sehingga jadi sedap tak terkira.

Baru-baru ini ada pihak mendedahkan gambar isi kandungan ramuan produk tersebut mengikut sukatan setiap balang, ternyata disebalik keenakkan Nutella itu, ia sangat merbahaya kepada pengguna.

Gambar tersebut telah menjadi viral, kandungan gula dan minyak sawit yang berlebihan ini ternyata berisiko tinggi buat pengguna yang memakan coklat ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Eropah (EFSA), mengesahkan bahawa minyak sawit bersifat karsinogenik dimana ia mengandungi zat-zat yang boleh mendatangkan kanser pada manusia. 

Bagaimanapun, pihak Nutella menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa mereka menggunakan minyak sawit yang berkualiti tinggi. Selain itu, mereka masih tidak mengesahkan lagi kesahihan mengenai ramuan tersebut.