Jangan Biarkan Google Terus 'Mengintip' Korang, Cegah Dengan 3 Cara Ini Sebelum Terlambat!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jangan Biarkan Google Terus 'Mengintip' Korang, Cegah Dengan 3 Cara Ini Sebelum Terlambat!

post by Izuan

by Izuan

Jan 19, 2017
pada 6:52 AM

Sekarang, segala info boleh dapat melalui Web, tapi korang tahu tak segala info yang korang cari itu Google simpan dan akan kekal sampai bila-bila.

Google tak rahsiakan semua itu. Kalau tak percaya, segala-galanya telah ditulis pada sepuluh muka surat Terma &Syarat Perkhidmatan Google, yang mungkin dibaca sahaja oleh pemaju itu sendiri sahaja.

Jadi, kami disini ingin membantu anda untuk mencegah daripada terus 'diintip' oleh mereka.

Dengari Segala Carian Yang Digunakan Melalui 'Voice Search' Disini

Segala informasi yang korang cari melalui pencarian dengan menggunakan suara sudah semestinya akan memudahkan korang untuk mencari sesuatu maklumat,  Tapi kena ingat bahawa segala maklumat yang ada kaitan dengan Internet berisiko tinggi jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba kenakan korang. 

Jadi, LINK INI akan mencari segala pencarian yang korang pernah rakam sebelum ini. Kalau tiada apa-apa maklumat, maknanya korang tak pernah menggunakan Voice Search ini.

Lepas Dengar, Rujuk Segala Maklumat Yang Korang Pernah Cari DISINI, Ini Paling Bahaya!

Korang boleh dapatkan maklumat yang bukan sahaja pada Voice Search, tapi merangkumi semua! Apa yang korang cari, apa yang korang muat turun, info privasi semua akan keluar disini! Walaupun dah bertahun-tahun!

Memang lah hanya kita sahaja yang boleh akses, tapi kalau digodam? Atau ada pihak yang berniat jahat? Macam mana? Ini 2017, macam-macam boleh jadi kan?

Lepas Dah Dengar & Rujuk, 'Bersihkan' Semuanya DISINI

1. Bersihkan "Log Aktiviti

Untuk menyahaktifkan pengesanan dan rakaman carian suara pada masa akan datanfg, KLIK DISINI dan pada menu pop-up di bahagian kanan skrin pilih "Activity controls" atau "Kawalan Aktiviti seperi yang terpapar di skrin diatas. 

2. Kemudian 'Disable' Voice & Audio

Bukan itu sahaja, untuk memastikan segala-galanya bersih lakukan langkah ini. Kembali pada "Log Aktiviti" tadi, klik pada menu bahagian kanan dan..

3. Bersihkan Segala Data Peribadi

Pilih "Choose deleting parameters" atau "Padamkan aktivi mengikut" kemudian pilih "All time" atau "Sepanjang masa: pada menu pop-up seterusnya. Kemudian siap! korang dah terselamat daripada ancaman intipan Google! Simpan tau info ini dan rajin-rajinlah lakukannya.