2 Kaedah 'Semudah ABC' & Tutorial Untuk Mendaftar Di Laman Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

2 Kaedah 'Semudah ABC' & Tutorial Untuk Mendaftar Di Laman Maukerja.my

post by Izuan

by Izuan

Jan 22, 2017
pada 3:31 AM

Maukerja.my ialah satu lubuk emas mencari kerja dengan beribu-ribu iklan jawatan kosong untuk dimohon. Di samping itu menghubungkan antara majikan dan pekerja, Maukerja.my ialah satu plartform untuk memudahkan jobseekers mencari kerja.

Anda tidak perlu bersusah-susah meredah panas dan hujan. Kerana dengan hanya satu 'KLIK' anda boleh memohon kerja. Yang bestnya, tidak kiralah anda hanya mempunyai SPM hingga kelayakan tertinggi

Nak mohon kerja kenalah daftar dulu. Memandangkan ramai pengguna yang keliru tentang cara untuk mendaftar di laman ini, disini kami sediakan tutorial untuk melancarkan permohonan anda. Senang je, semudah ABC!

 

Macam mana nak daftar di website Maukerja ni?

Langkah Pertama :

Anda pergi sahaja ke enjin carian google, dan taip 'Maukerja.my' dan tekan enter. Anda akan terus masuk ke website kami iaitu pada halaman utama. Jadi sebelum cari kerja dan mohon tu. Anda perlulah daftar dulu. Ia untuk memudahkan anda memohon kerja. Jika anda lihat diatas. Anda akan dapat lihat 'LOG MASUK | DAFTAR'. Klik sahaja pada butang itu dan dia akan Pop-up window yang baru. Sila lihat di bawah.

 

Langkah kedua :

Selepas anda KLIK 'LOG MASUK | DAFTAR' ia akan keluar seperti gambar di atas. Kalau anda sudah memohon sebelum ini. Hanya perlu Log Masuk sahaja. Jika belum mempunyai apa-apa akaun Maukerja.my.  KLIK pada 'DAFTAR PERCUMA SEKARANG' dan daftarkan diri anda. Jika anda mempunyai Facebook, boleh sahaja link kan dan daftar. 

 

Langkah Ketiga :

Selepas itu, ia akan mengeluarkan window seperti gambar di atas. Jadi anda perlulah isi segala ruangan yang diperlukan. Tulis lah dengan lengkap supaya memudahkan jika ada sebarang masalah nanti. Selepas siap isi semua keperluan. KLIK sahaja pada butang 'DAFTAR'. Seterusnya...

 

Langkah keempat :

Dah KLIK daftar, Tahniah! Anda akan menerima pesanan ringkas daripada kami. Maksudnya anda sudah berjaya mendaftar bersama Maukerja.my. Tetapi anda perlulah terlebih dahulu KLIK pada link yang diberi bertujuan untuk pengesahan. Sebab itulah pentingnya letak nombor telefon yang betul.

 

Langkah kelima :

Kalau anda sudah KLIK link untuk pengesahan, ia akan terus pergi ke profile anda. Jadi anda perlulah wajib mengisi semua ruangan, bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang betul, Jadi lebih mudah lah anda dapat kerja nanti. Kami sedang anda pun senang.

 


Dah Daftar, macam mana pula nak mohon kerja? 

 

Langkah Pertama :

Tahniah kerana anda berjaya daftar bersama kami! Selepas ini boleh lah anda mohon kerja tanpa kawalan! Nak mohon 1000 jenis pekerjaan pun tiada masalah. Macam mana nak mohon kerja? Seperti anda lihat gambar diatas, Sila taip kata kunci seperti kerani atau guru dalam ruangan carian kemudian tekan tapis dan pilih tapisan mengikut kesesuaian anda kemudian tekan "Enter". Sila rujuk gamba yang telah disertakan.

 

Langkah Kedua :

 

Selepas jumpa pekerjaan yang diinginkan. Baca dahulu setiap keperluan, tanggungjawab, manfaat dan lokasi. Jika sudah memang sesuai dan itulah kerja yang anda perlukan. Tidak perlu fikir panjang, KLIK sahaja pada 'MOHON'.

 

Langkah terakhir :

Selepas anda KLIK pada butang 'MOHON' anda akan pergi ke window pengisian butiran peribadi. Disinilah anda akan tulis segala keperluan yang anda perlukan, memuat naik resume berserta ulasan yang boleh membuatkan anda dipilih sebagai pekerja.

Langkah ini amat penting sekali jika ingin memohon kerja. Jadi Selepas siap mengisi segala ruangan. KLIK sahaja pada ruangan 'HANTAR PERMOHONAN'. 

Selepas itu perlu buat apa ? Takkan nak mohon satu kerja sahaja? Carilah kerja lain juga mungkin ada yang lebih menarik. Jadi penuhi lah segala permintaan majikan perlukan. Jika anda memang layak pekerjaan itu. Buktikan yang anda memang boleh bekerja.

Jadi selepas Hantar permohonan. Selamat berjaya untuk anda. Mudah sahaja kan fungsi kami? Jadi tunggu apa lagi. Jom ubah nasib sebagai penggangur dan ayuhlah cari pekerjaan dan membina kerjaya hanya di Maukerja.my