4 Rahsia Terbesar Ni Mampu Jadikan Sesebuah Team Bekerjasama Dengan Hebat - maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Rahsia Terbesar Ni Mampu Jadikan Sesebuah Team Bekerjasama Dengan Hebat - maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Jan 23, 2017
pada 9:36 AM

"Team kau semua power boleh lah Boss sayang" 

Biasa dengar kan? Betul ke kehebatan sesuatu team terletak pada kekuatan segelintir ahli? Kalau begitu orang yang biasa-biasa ni tak hebat mana lah pun kan. Maukerja berjaya temui satu rahsia sebenar yang membuatkan sesebuah organisasi atau team itu hebat dan tiptop hasil kerjasama mereka : 

1. Semuanya mula dari Proses

Walau ramai mana pun teammate korang yang hebat-hebat ni, kalau masing-masing ada perangai dan kepala sendiri sampaikan tak boleh nak kerjasama pun tak guna juga kan? Dalam mana-mana team sekali pun, semua orang main peranan penting dan kena tahu tugas serta objektif yang perlu dicapai. Konsepnya sama seperti rumah, akan ada tiang asas untuk mengukuhkannya.

2. Fokus ke tidak tu?

Setiap team masing-masing akan ada visi, objektif ataupun misi yang perlu dicapai samada secara mingguan, bulanan mahupun tahunan. Setiap seorang daripada teammate kena sentiasa fokus dan alert dengan objektif supaya semua orang akan bergerak satu arah secara konsisten. 

3. Keadaan 'cuaca' semasa teammate korang

Sentiasa checklist prestasi dan pattern kerja setiap ahli dalam team korang supaya semua orang tak ketinggalan untuk siapkan tugasan atau deadline yang diberi. Kalau semua orang boleh bekerjasama macam ni, percaya lah takda siapa pun yang akan kena marah dengan bos.

4. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Memontum sesebuah team tu akan tampak macam perfect je semuanya. Kenapa? Sebab setiap orang tahu dan akan jalankan tanggungjawab masing-masing tanpa perlu pengawasan daripada leader. Semua dah besar jadi masing-masing akan faham peranan dalam team tersebut.