Coworker Mesti Sayang Korang 'Ketat-Ketat' Kalau 8 Soft Skill Ni Dipraktikkan - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Coworker Mesti Sayang Korang 'Ketat-Ketat' Kalau 8 Soft Skill Ni Dipraktikkan - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Jan 24, 2017
pada 5:28 AM

Semua orang nak jadi yang terbaik. Baik kerjaya, sebagai individu mahupun dalam hidup. Bacalah seberapa banyak tips sekali pun, hard skill memang boleh dikuasai oleh ssesiapa pun. Namun, ramai yang ambil mudah terhadap soft skill dan kepentingannya kepada diri. Sebagai leader, ianya satu cabaran yang perlu ditingkatkan dalam kalangan pekerja. Daripada korang buang masa cari kelemahan pekerja, lebih baik lah korang korbankan sedikit tenaga untuk tingkatkan soft skill mereka : 

1. Beri platform untuk kukuhkan kemahiran komunikasi

Tahu atau tidak lebih daripada 50% daripada kita alami kesukaran untuk berkomunikasi. Walau apa jua kerjaya yang disandang, soft skill adalah kemahiran utama yang perlu ada pada setiap individu dan harus berupaya untuk berkomunikasi secara efektif. Berilah peluang pada mereka untuk bersuara dalam saiz kumpulan yang lebih kecil setiap minggu.

2. Tekankan betapa pentingnya kemahiran mendengar

Kalau dah selesa dan berani untuk bersuara kenalah balance kan dengan kemahiran mendengar pula kan? Ianya penting untuk terapkan kemahiran mendengar yang efektif pada semua pekerja tak kira pangkat yang disandang. Kalau setakat mendengar tapi tak betul-betul hayati apa yang dikatakan, respon pun ke laut. 

Jadi setiap kali perbincangan dengan pekerja, berhenti seketika untuk terima input yang dikatakan kemudian baru respon. 

3. Jangan hadkan idea dan kehendak mereka 

Walaupun tugasan yang mereka mahu lakukan ini agak berat, biarkan mereka lakukannya dan beri sedikit kepercayaan pada mereka. Percayalah, korang akan beri satu galakan yang positif untuk mereka beranikan diri tanpa rasa ragu-ragu.

4. Biarkan mereka keluar dari comfort zone

Lagi bagus sebenarnya korang cuba galakkan pekerja buat tugasan luar dari bidang mereka ni. Bukan nak buli tapi melalui cara ni lah boleh latih kemahiran dan kreativiti. Kemahiran lain yang tak pernah dilakukan sebelum ini boleh dikuasai oleh pekerja korang. Secara tak langsung, mereka ni dapat tajamkan soft skill mereka. 

5. Biarkan masalah diselesaikan tanpa pertolongan 

Selalunya kalau timbul masalah, ketua atau boss yang akan putuskan apa yang perlu dilakukan atau yang perlu dibaiki. Dah biasa kan? Tak kisah sekecil atau sebesar mana pun syarikat, kuasa vito akan selalu terletak di tangan mereka. Cuba korang fikir, kalau semua keputusan perlu dibuat oleh orang yang terpilih saja, tak guna lah korang rekrut pekerja yang tak kurang hebatnya ke dalam syarikat. 

Berikan kebebasan untuk mereka buat keputusan yang kritkal dan selesaikan masalah tanpa ada campur tangan daripada Boss mahupun ketua department.