Rugi Tak Buat 2 Taktik Licik Ini Untuk Buatkan Majikan Suka Anda Masa Interview!
# Pengetahuan Pekerja

Rugi Tak Buat 2 Taktik Licik Ini Untuk Buatkan Majikan Suka Anda Masa Interview!

post by Izuan

by Izuan

Jan 30, 2017
pada 7:57 AM

Kita tak boleh nampak diri kita sendiri apabila bercakap dengan orang, mungkin niat lain tapi pihak kedua atau ketiga anggap lain. Air muka dan reaksi yang kita tidak boleh kawal. Semasa interview, anda fokus tapi majikan ingatkan anda mengelamun entah kepada berdasarkan air muka. Tapi benda itu anda tak dapat nak kawal.

Kajian daripada seorang pakar pemasaran dan pengaruh sosial Jonah Berger membuktikan bahawa penggunaan mimik muka adalah satu cara untuk berhubung dengan seseorang yang anda cuba untuk pengaruh.

Menerusi bukunya  Invisible Influence: The Hidden Forces That Shape Behavior, beliau mengatakan bahawa sama ada kita sedar atau tidak, manusia mudah untuk terikut satu sama lain dan bertindak balas terhadap perkara yang sedang diikutkan itu. Dalam interview, jika anda mahu kerja itu, inilah masa untuk memberi perhatian kepada penemuduga - dan bertindak sewajarnya!

Jadi, penggunaan mimik muka memainkan peranan penting, ramai yang tak tahu bagaimana untuk melakukanya, ini taktik licik yang kami ajarkan untuk buatkan anda disukai oleh majikan semasa interview nanti.

1. Beri Perhatian Terhadap Gerak Geri Majikan.

Apabila majikan sedang bercakap dan bergerak, Beri perhatian kepada tahap tenaga penemuduga agar dapat membantu anda menyesuaikan gaya anda sewajarnya. Contohnya, jika majikan beri penjelasan terhadap kerja anda tunjukkan mimik muka ingin tahu dan anda tertarik apabila ada sesuatu info yang anda tak tahu.

Pandang sahaja gerak tubuh majikan seandainya dia ada bergerak, atau pandang serta fahamkan penjelasan majikan jika mereka ada menulis sesuatu di kertas.

2. Ikut Ekspresi Wajah Majikan

Sesetengah orang bersikap terkawal iaitu, jangan senyum banyak, manakala ada yang lebih ekspresif iaitu, menggunakan ekspresi muka untuk menyampaikan perasaan mereka mengenai sesuatu perkara. Selaraskan dengan ekspresi muka anda sendiri. Hayati setiap penjelasan yang diterangkan.

Tapi jangan la sampai ke tahap mengampu macam lawak biasa anda pergi gelak besar! Itu mana-mana majikan pun akan anggap lain, malah jangan pula serius memanjang. 

Bagaimanapun cara yang terbaik adalah buat persediaan yang secukupnya. Jika segala perkara anda telah kaji sebaik-baiknya, secara automatik mimik muka anda akan datang dengan sendiri kerana sikap ingin bekerja itu sudah ada dalam diri anda. Selamat berjaya!