Dapatkan Diploma Melalui Program Tajaan Bermaz Motor Group Selama 18 Bulan Bersama Bonus RM500 Bulanan
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Dapatkan Diploma Melalui Program Tajaan Bermaz Motor Group Selama 18 Bulan Bersama Bonus RM500 Bulanan

post by Aisya

by Aisya

Feb 5, 2017
pada 9:38 AM

Anda ada adik beradik, kenalan mahupun saudara-mara yang baru sahaja tamat PT3 (PMR) atau SPM? Masih ragu-ragu mahu sambung belajar di mana? Minat mendalam dalam bidang automotif tetapi tidak tahu mahu kemana? Apa kata anda cuba untuk mengikuti program ini, Mazda Mechanic Program (MMP). Program ini bakal ditaja sepenuhnya oleh Bermaz Motor Group.

Program ini adalah latihan selama 18 bulan dan tamat sahaja program, anda bakal menerima SKM Tahap 2 dalam Automotive Aftersales Service serta International Diploma Tahap 2 dalam Vehicle Fitting Principles. Mahu tahu apa yang lebih menarik? Anda bakal menerima elaun sehingga RM500 secara bulanan sewaktu mengikuti program ini.

 

Sebelum Maukerja cerita lebih lanjut, saksikan lah video ini dahulu 

 

 

Elaun bulanan RM500-RM600

Kelayakan

  • PT3 (PMR) atau SPM
  • Mempunyai sikap positif dan semangat mahu belajar yang tinggi
  • Umur antara 16 hingga 20 tahun
  • Minat kepada dunia automotif
  • Calon dari kolej Vokasional, Kolej Komuniti  & IKM digalakkan untuk menyertai program ini

 

Tanggungjawab

  • Program selama 1 tahun 1/2 (18 bulan)
  • Tahun 1 (12 Bulan) : Kuliah + Off job training + On job training
  • Tahun 2 (6 Bulan) : On job training
  • Bakal dilatih menggunakan teknologi terbaru dari Mazda untuk menjalankan tugas tenaga kerja teknikal secara profesional
  • Untuk menajamkan kemahiran dalam industri permotoran seiring dengan teknologi terkini
  • Program ini ditaja sepenuhnya oleh Bermaz Motor Group

 

Manfaat tambahan

  • RM500 elaun bulanan untuk Tahun Pertama
  • RM600 elaun bulanan untuk Tahun Kedua
  • Insuran peribadi & perubatan
  • Elaun makanan/ makanan tengah hari disediakan

 

Jika para peserta berjaya menamatkan program ini, peserta bakal mendapat sijil sijil serta Diploma yang diiktiraf oleh lebih 70 buah negara! Ini adalah senarai sijil sijil yang bakal anda dapat :

  • SKM Tahap 2 dalam Automotive Aftersales Service
  • International Diploma Tahap 2 dalam Vehicle Fitting Principles

 

Lokasi Pekerjaan

Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang 


Tidak perlu berhabisan duit untuk mengikuti kursus di pusat pengajian kerana program ini sudah pasti akan memberikan anda SKM Tahap 2 serta International DIploma. Dapat pula lagi elaun bulanan sehingga RM500 selama 12 bulan pertama dan RM600 untuk bulan bulan yang seterusnya! Ini adalah peluang untuk anda berlatih menggunakan teknologi terbaru dari Mazda untuk melakukan kerja secara professional. Sebarkan kepada kenalan rapat mengenai berita gembira ini!