Lepasan PMR & SPM, Peluang Pengajian Tajaan Sepenuhnya Oleh Mazda Siap Dapat Elaun RM500 & Diploma Yang Diiktiraf!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Lepasan PMR & SPM, Peluang Pengajian Tajaan Sepenuhnya Oleh Mazda Siap Dapat Elaun RM500 & Diploma Yang Diiktiraf!

post by Shasha

by Shasha

Feb 9, 2017
pada 8:08 AM

Anda hanya mempunyai Sijil PMR atau baru sahaja menamatkan SPM dan berkobar-kobar mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti tetapi harus membatalkan niat kerana tiada wang untuk membiaya pengajian beribu-ribu mahalnya? Tiada pilihan lain, anda terpaksa bekerja kerana tidak mahu membebankan ibu bapa mengeluarkan wang.

Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang automotif tetapi tidak mampu untuk membayar pengajian? Jom ubah nasib dengan menyertai program Mazda Mechanic Program (MMP) yang ditaja sepenuhnya oleh Mazda.

Program ini merupakan latihan 18 bulan dan setelah tamat pengajian, anda bakal menerima Sijil SKM Tahap 2 dalam Automotive Aftersales Service dan Diploma Tahap 2 dalam bidang Automotive. Tak perlu risau tentang wang perbelanjaan kerana elaun sebanyak RM500 akan diberi setiap bulan. 

Kelayakan

  • PT3 (PMR) atau SPM 
  • Mempunyai sikap positif & semangat mahu belajar yang tinggi
  • Umur antara 16 hingga 20 tahun
  • Minat kepada dunia automotif
  • Calon dari Kolej Vokasional, Kolej Komuniti & IKM digalakkan untuk menyertai program ini

Tanggungjawab

  • Program selama 1 1/2 tahun (18 bulan) : -
  • Tahun 1 (12 bulan): Kuliah + Off Job Training + On Job Training
  • Tahun 2 (6 bulan): On Job Training
  • Bakal dilatih menggunakan teknologi terbaru dari Mazda untuk menjalankan tugas tenaga kerja teknikal secara professional
  • Untuk menajamkan kemahiran dalam industri permotoran seiring dengan teknologi terkini
  • Program ini ditaja sepenuhnya oleh Mazda

Manfaat tambahan

  • RM500 elaun bulanan untuk Tahun Pertama
  • RM600 elaun bulanan untuk Tahun Kedua
  • Insurans Peribadi & Perubatan 
  • Elaun Makanan / makan tengahari disediakan

Tiada lagi keraguan untuk melanjutkan pelajaran kerana program Mazda jamin pemberian SKM Tahap 2 dan International Diploma yang diiktiraf lebih 70 negara. Untungnya, sebelum tamat pengajian dapat pelbagai pendedahan dari Syarikat yang ternama. Selama 12 bulan pertama tempoh program, elaun bulanan sebanyak RM500 akan diberi dan akan ditambah ke RM600 bagi bulan yang seterusnya. Hebat betul tawaran mereka ni!

Lokasi Kerja 

Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang


Sambil belajar juga dapat raih pendapatan bulanan, siapa kata anda tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran? Mazda menyediakan tawaran yang cukup lengkap dengan pemberian elaun bulanan, latihan dan Diploma bertaraf antarabangsa. Rebut peluang unik ini dan mohon segera!