Siapa Kata Baju Batik Ketinggalan Zaman? Ni Ada 6 Rekaan Baju Batik Superheroes Yang Cool
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Siapa Kata Baju Batik Ketinggalan Zaman? Ni Ada 6 Rekaan Baju Batik Superheroes Yang Cool

post by Aisya

by Aisya

Feb 12, 2017
pada 2:57 AM

Kreatif betul lah diorang ni dalam mereka baju batik. Bertuah lah kaum lelaki ni sebab rekaan baju batik sekarang ni trendy habis! Biasanya pekerja-pekerja agensi kerajaan dengan cikgu je yang pakai batik, sekarang ni korang yang berjiwa muda pun boleh pakai sebab rekaannya menarik sungguh.

Kalau dahulunya famous dengan rekaan batik bola sepak, sekarang ni ada lagi trend yang terbaru dan cool sangat. Perkenalkan Superheroes & Batik yang menampilkan 6 rekaan unik dan sangat awesome! 

 

Moden + Tradisional = Batik Superheroes

 

Hebat betul pemikiran mereka ini dalam menggunakan superheroes untuk memartabatkan nilai tradisi batik. Ianya percantuman antara moden serta tradisional dan ini lah hasilnya. Ada batik Superman, Batman, Spiderman, The Flash dan banyak lagi. Bagi mereka yang mahukan kelainan, boleh la beli batik superheroes ini untuk pergi ke kerja ataupun menghadiri kenduri perkahwinan. Cikgu-cikgu sekalian boleh la cuba beli baju batik ni untuk tarik perhatian murid-murid di kelas. Nanti terus melekat panggilan nama 'Cikgu Superman', mana lah tahu kan?