Belajar Kos Journalism 2 Tahun Untuk Menulis Cerita Bodoh Sebegini. Wartawan Ini Nekad Berhenti Kerja
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Belajar Kos Journalism 2 Tahun Untuk Menulis Cerita Bodoh Sebegini. Wartawan Ini Nekad Berhenti Kerja

post by Aisya

by Aisya

Feb 13, 2017
pada 3:17 AM

Sering kali media hidangkan kita dengan berita-berita sensasi mengenai keluarga Kardashians kan? Ada masanya bila dah melampau sangat, rasa macam muak pula. Kalau wartawan lain jadikan ini sebagaii sumber hiburan, lain pula bagi wartawan ini. Dia dengan berani mati menulis artikel yang penuh kontroversi dan dalam masa yang sama mencuit hati pembaca juga.

Seorang wartawan di WW News ditugaskan untuk menulis artikel mengenai Kylie yang mungkin melakukan pembedahan plastik, dan dia terus melenting apabila ditugaskan untuk menulis artikel tersebut. Daripada menjerit dan memaki hamun editor, dia bertindak dengan menulis artikel yang cukup pedas dan sarkastik.

 

" Why am I being paid to write about this Sh***?" 

Tengok tajuk artikel saja sudah nampak betapa marahnya wartawan ini dan menyampahnya dia untuk menulis artikel remeh-temeh sebegini. Artikel ini mendapat 16.3K likes okay daripada pembaca semua. Nampak tak betapa popularnya artikel ini?

 

"This is exactly why I studied journalism, cheers for hiring me" 

Marahnya betul penulis ni apabila diberi tugas sebegini. Betul lah katanya, apa gunanya dia belajar kos kewartawanan selama 2 tahun untuk menulis artikel remeh temeh ini? Ingatkan ini lah kerja yang diimpi-impikan, rupanya bukan. 

 

" Make sure to pick out the proper booby pics, as much cleavage as possible" 

Ini lah contohnya apabila you're too smart for the job. Dengan kelayakan dan tahap pendidikan yang tinggi, cerita hiburan sebegini bukan lah apa yang korang mahukan. DItugasakan untuk letakkan 8 gambar Kylie kerana ianya permainan kotor website tersebut untuk naikkan traffic readers serta biarkan reader luangkan masa lebih lama di artikel tersebut bukan lah apa yang korang minati.

 

"Oh my god, I can't believe I'm paid to write this sh*** about Kylie Jenner" 

Waktu temuduga kerja dahulu bukan main lagi keperluan kerja mahukan mereka yang mempunyai minima 2 tahun pengalaman dalam bidang kewartawaan. Tetapi ini cerita yang dimahukan? Bagus juga apa yang dia lakukan. Penutup untuk artikel ini adalah dengan menyatakan dia berhenti kerja. Macam tu je dia berhenti. Berani sungguh!

*Sumber: Twitter