Rotan Betis Sendiri, 'Tabik Spring' Dengan Teknik Guru Ini Ubah Mindset Budak Kelas Belakang
# Trending Semasa

Rotan Betis Sendiri, 'Tabik Spring' Dengan Teknik Guru Ini Ubah Mindset Budak Kelas Belakang

post by Aisya

by Aisya

Feb 14, 2017
pada 6:00 AM

Kerja sebagai guru ini bukan satu yang mudah. Anak-anak murid yang mana masa depan terletak negara kita ini terletak di tangan mereka, bayangkan seorang guru perlu mendidik dan bekalkan mereka dengan ilmu. Seorang guru perlu mejaga satu kelas yang ratanya ada 30 orang. Ianya bukan tugas yang mudah.

Tidak akan ada guru yang lepaskan tangan, "alah, asalkan kerja dia settle exam semua dah lepas okay la." Tidak akan ada, kerana dalam diri seorang guru ni sudah mesti lah mereka mahu anak muridnya berjaya dan berubah bukan? Sama juga lah yang dirasai oleh @Encikgu_ di mana sewaktu dia mengajar pada tahun 2014.

 

"Waktu dapat kelas tu, subjek yang aku ajar semua tak lulus"

Dia ditugaskan untuk mengajar tahun 5, kelas paling belakang sekali. Waktu dia mengajar, subjek itu tiada siapa pun yang lulus. Bayangkan apabila GPK letakkan target pertengahan tahun nak separuh daripada anak muridnya lulus. Bagaimana mahu mengubah mereka?

 

"Guru kalau dah all-out tapi murid masih malas,dia punya geram dan fed up tu mana boleh tahan"

Azabnya apabila anak muridnya jenis yang pemalas. Buku teks pun tidak pernah dibawa, dia lah yang perlu fotostat setiap kali kelas. Sampaikan bila dah fotostat, langsung tidak ada catit apa-apa maklumat yang diajar. Terpaksa seorang guru ini highlight kan setiap info penting. Bukan itu je, setiap kali bagi kertas mesti hilang tidak disimpan. Sampaikan dia beli file khas dan diletakkan di belakang kelas untuk simpan semua kertas.

 

"Sebelum test, aku pesan, satu salah 5 kali rotan. Aku rotan betis aku sendiri"

 

Dia lakukan satu strategi untuk ubah anak muridnya. Ujian di mana satu salah akan kena 5 kali rotan. Biasanya trick ni menjadi buat murid-murid yang nakal sebab takut kena rotan kan?

 

"Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu yang cepat putus asa. Jadi layaklah saya yang kena rotan"

Teknik guru ini lain, daripada dia rotan anak muridnya dia rotan diri dia sendiri sehinggakan ada anak murid yang menangis melihatnya. Pada pandangannya, yang buat anak muridnya gagal bukan diri mereka sendiri tetapi cikgu yang cepat putus asa untuk mendidik. Memang layak lah dia di rotan.

Menjelang pertengahan tahun, semua anak muridnya lulus dan seorang dapat B. Ini lah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang pendidik untuk mengubah 'mindset' yang budak kelas belakang tidak akan berjaya.

*Sumber: Encikgu_