Takkan Ada Satu Pun Majikan Sudi Tawarkan Kerja Kalau Korang Letak 5 Jenis Profil LinkedIn Ini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Takkan Ada Satu Pun Majikan Sudi Tawarkan Kerja Kalau Korang Letak 5 Jenis Profil LinkedIn Ini

post by Shasha

by Shasha

Feb 20, 2017
pada 1:47 AM

Dalam masa seminggu berapa kali korang tukar gambar profil Instagram, Whatsapp, Wechat atau LinkedIn? Jadi tak kisah lah gambar apa pun korang letak tapi kalau di LinkedIn, mesti letak gambar yang asal nampak cantik. Secara amnya LinkedIn adalah platform terbaru bagi pengguna seperti korang untuk mencari kerja. Sebab tu, jangan main langgar je letak gambar profil yang kononnya cantik habis tu terutamanya 5 jenis ni.

1. Gambar zaman tuk kaduk

Dah berapa lama korang gunakan gambar profil sekarang? Faham umur korang dah meningkat namun masih lagi berjiwa muda, tapi kalau nak letakkan gambar lama di profil Linkedin mungkin tak berapa sesuai dan akan menurunkan tahap profesionalism korang terhadap bakal majikan.

2. Gambar Bersosial

Tiada salahnya nak tonjolkan diri korang yang peramah, ceria dan rajin bersosial tapi tindakan tersebut buat korang tampak tak serius tentang perkara sebegini.

3. Terlalu deep dan hipster

Tangan korang memang berseni, gambar memang superb habis tiada sipa boleh tandingi. Kebarangkaian bakal majikan akan ada tanggapan bahawa korang ni agak membosankan. Personaliti korang senang kena cop oleh sesiapa saja yang lihat gambar profil.

4. Si bujang promote diri

Gambar seperti ini memang menawan bagi yang mencari jodoh dalam aplikasi Tinder, Wechat dan lain-lain. Untuk kerjaya? Sememangnya tak sesuai sebab ciri-ciri profesionalism yang dicari sebenarnya.

5. Kaki selfie

Expert selfie? Mestilah korang! Korang kena ingat, LinkedIn bukanlah seperti Instagram. Bukan Like yang dikejar sebaliknya kredibilit yang dicari dan semuanya bermula dari gambar profil LinkedIn korang!