Adakah permintaan fresh grad untuk gaji permulaan RM 3, 500 itu sangat melampau? Jika diambil kira dengan pengalaman kerja 0% dan kemahiran diri pun tidak berapa tinggi, adakah wajar untuk berikan RM3, 500?


by Aisya
Adakah permintaan fresh grad untuk gaji permulaan RM 3, 500 itu sangat melampau? Jika diambil kira dengan pengalaman kerja 0% dan kemahiran diri pun tidak berapa tinggi, adakah wajar untuk berikan RM3, 500?
Jobstreet telah keluarkan satu kajian selidik di mana menunjukkan 60% fresh grad meletakkan gaji permulaan RM3, 500 untuk kerja pertama mereka. Munasabah ke korang rasa? Adakah ini penyebabnya mengapa fresh grad sukar untuk mendapatkan kerja?

1. 68% graduan tidak mendapat kerja kerana meminta gaji atau manfaat yang tidak masuk akal
2. 64% tidak mahir berbahasa Inggeris yang menjadi tuntutan tinggi zaman kini
3. 60% pula memilih dalam mencari kerja
4. 60% juga tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi
5. Di tangga terbawah sekali dengan 59% pula ada sikap dan personaliti diri yang bermasalah
Bayangkan 60% fresh graduate deman tinggi untuk gaji permulaan sehingga RM3, 500 apabila majikan majoritinya meletakkan secara purata RM2, 100 - RM2, 500. Korang rasaa majikan akan tetap beri peluang ke?
Vulcan Post telah membongkar isu ini dengan bertanyakan orang dari 8 industri berbeza untuk memastikan adakah majikan sanggup menawarkan RM3,500 kepada fresh grad. Jom lihat respond mereka:

Jawapan: Ya
Jika calon teersebut mempunyai sikap kerja yang bagus, seorang yang bermotivasai tinggi dan mempunyai pemikiran yang positif. Mengapa tidak? Tetapi gaji ini hanya akan ditawarkan untuk bahagian sales dan marketing sahaja. Jika calon meminta RM3.5k untuk jawatan admin, ianya terlampau tinggi.

Jawapan: Tidak
Mudah sahaja jawapannya, kerana untuk department telekomunikasi, ada satu kamahiran yang amat dituntut untuk jawatan tersebut dan ramai fresh grad tidak ada kemahiran tersebut.
Telekomunikasai melibatkan banyak coding serta tugas-tugas teknikal dan ianya bukan mudah buat fresh grad yang tidak pernah melakukannya. Berapa tahun pengalaman, itu yang mengukuhkan gaji seseorang pekerja. Bina dahulu pengalaman kerja yang kukuh sebelum meminta gaji yang tinggi.

Jawapan: Tidak
Sebenarnya ia bergantung pada deparment mana yang calon teersebut mohon. Kerana setiap deparment memerlukan kemahiran dan pengalaman yang berbeza. Mereka perlu berdepan dan mengendali pelbagai jenis client, jadi fresh grad ini memang perlu latihan yang banyak dan diajar. Memang, kelayakan pendidikan itu juga satu kelebihan tetapi ianya amat tipis untuk mendapat RM3, 500. Paling tinggi adalah RM3, 000 sahaja.

Jawapan: Ya
Kerja di media penyiaran korang mungkin berpeluang untuk mendapatkan gaji sebegini hanya jika korang tidak kisah untuk bekerja waktu yang lama. Indudstri media ni tak pernah ada jadual kerja yang tetap jadi calon memang perlu bersiap sedia dengan waktu kerja yang tidak menentu. Mereka juga tidak memberi elaun pengangkutan serta sebarang perbelanjaan lain. Memang perlu lah gaji yang tinggi.

Jawapan: Tidak
Bila cakap pasal Oil & gas terus rasa macam gaji yang ditawarkan mesti tinggi. Kalau korang nak tahu, fresh grad yang masuk industri ini gaji paling tinggi boleh mereka terima adalah RM3, 200. Ini pun bagi mereka sudah dikira tinggi.
Kebiasaannya, fresh grad ini yang diterima masuk akan melalui program latihan di mana mereka akan belajar kemahiran baru dan sesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Jadi gaji yang diterima mestilah mencerminkan kemahiran mereka.

Jawapan: Ya
RM3, 500 itu tidak mustahil asalkan calon tersebut memenuhi kehendak mereka. Sudah pasti mereka akan tawarkan RM3, 500 jika mereka berkelayakan tinggi serta mempunyai sikap diri yang bagus. Industri bank ini mementingkan imej mereka jadi calon perlu benar-benar faham akan kondisi mereka.

Jawapan: Tidak
Sebagai pensyarah baru atau researcher di universiti, gaji ini terlampau tinggi. Mungkin mereka ada tahap kelayakan yang tinggi, tetapi pengalaman kerja itu yang penting. ramai calon yang kata mereka mampu lakukannya, tetapi realitinya mereka tidak mampu untuk melakukannya. Bersebab mengapa mereka tidak boleh tawarkan gaji sedemikian.

Jawapan: Tidak
Tambahan lagi untuk startup, majikan amat memilih dalam mencari calon pekerja. Bagi mereka seperti biasa, adalah disebabkan oleh pengalaman kerja. Sukar untuk mereka menerima pekerja baru dengan gaji sedemikian melainkan mereka mendapat funding dahulu. Fresh grad sepatutnya sanggup utuk menaikkan startup company bersama-sama dan dari situ, sedikit demi sedikit gaji mereka juga akan naik.
*Sumber: Jobstreet / Vulcan Post