Korang Boleh Jadikan 4 Barang Di Poket Ini Sebagai Pelindung Jika Dalam Kecemasan - Maukerja.my
# Gaya Hidup

Korang Boleh Jadikan 4 Barang Di Poket Ini Sebagai Pelindung Jika Dalam Kecemasan - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Feb 20, 2017
pada 5:38 AM

Sebut survival tips je korang dah bayang macam-macam dalam kepala, senjata lah, mentaliti lah bagai. Tak perlu jadi genius pun jikalau nak survive dengan situasi kecemasan. Team Maukerja Malaysia bagi tips baik punya hanya menggunakan 4 Lifehack tips ni, confirm boleh jalan. 

1. Kunci senjata instant

Walaupun korang sediakan penyembur lada dalam beg, kalaulah apa-apa jadi dan tak sempat nak keluarkannnya, alternatif terbaik adalah kunci. Pastikan cara korang pegang kunci tu betul ha kalau apa-apa terjadi korang dah bersedia nak pertahankan diri.

2. Tempat rahsia baru duit korang

Cukup sekadar selit duit kertas RM5 atau RM10 sekeping di belakang casing telefon canggih tu. Mana lah tahu tiba-tiba dompet tertinggal, kosong atau tak cukup duit nak bayar bil ha sekurang-kurangnya ada backup.

3. Cincin multi-function

Jangan geleng kepala terhadap pencinta cincin fashionista ni kerana ianya berguna ketika korang dalam emergency, apa-apa terjadi korang boleh pertahankan diri!

4. Pura-pura telefon kalau pemandu teksi buat hal

Kalau dah nak jadi tu kita tak dapat nak halang kan. Tapi kita boleh selamatkan diri walaupun tiada senjata di tangan. Seandainya korang terpaksa naik teksi, Grab, ataupun Uber pulang dan dapat pula pemandu yang pandang korang semacam. Terus pura-pura telefon kawan korang dan kalau boleh, cuba dedahkan nombor telefon pemandu tersebut. Kenapa? Tindakan ini akan beri rangsangan terhadapnya supaya tidak membuat apa-apa pada korang.