Jangan Sesuka Hati 'Judge' Kerja Pengutip Sampah Ni. Korang Pasti Tercengang Lihat Apa Yang Dilakukan
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Jangan Sesuka Hati 'Judge' Kerja Pengutip Sampah Ni. Korang Pasti Tercengang Lihat Apa Yang Dilakukan

post by Shasha

by Shasha

Feb 27, 2017
pada 2:07 AM

Jose Alberto Gutierrez bukan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengutip sampah, namun insan ini menggunakan sampah yang dikutip untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sampah? Biar betul ni? Bukan semua sampah yang dibuang tak boleh digunakan semula. Jose Alberto telah mengumpul semula buku-buku terbuang dan wujudkan sebuah syurga bagi kanak-kanak kurang berkemampuan. 

 

1. Bukan sekadar pengutip sampah

Rutin kerja yang dilakukan setiap hari, dimanfaatkan lagi Jose Alberto Gutierrez untuk mengutip semua buku terbuang di sekitar kawasan kejiranan yang high class di Bogota, Colombia. 

2. Hanya 50 - 60 buah buku terbuang dikumpul setiap hari 

Jika diikutkan hati, nak ambil kesemua buku pulang ke perpustakaannya tapi hanya anggaran lebih kurang 50 hingga 60 buah sahaja yang mampu dibawa pulang.  

5. Masih ada yang kekurangan akses kepada buku 

Berlainan pula di Bogota Selatan, terasa seperti dua dunia yang berbeza kerana masih ramai kanak-kanak yang tidak mempunyai akses yang meluas kepada buku. 

3. Ruang kecil tampung 20,000 buah buku 

Cadangan pembukaan perpustakaan ini disokong oleh ahli keluarga Jose Alberto Gutierrez dan menggunakan ruang sepenuhnya di tingkat bawah rumah mereka.  

4. Perpustakaan berusia 15 tahun ini dibuka setiap hujung minggu 

Rumah kecil milik Jose Alberto Gutierrez ini dijadikan perpustakaan setelah betahun lamanya dan masih lagi beroperasi untuk menyambut kunjungan kanak-kanak di sekitar kawasan ini. Bukanlah populariti atau perhatian yang dikejar tapi apa salahnya kalau perkara yang beri kesenangan pada semua orang dikongsi bersama kan?