Nak Tahu Kenapa Bakal Majikan 'Ignore' Korang, Lihat 5 Posisi Duduk Mereka Ni
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Nak Tahu Kenapa Bakal Majikan 'Ignore' Korang, Lihat 5 Posisi Duduk Mereka Ni

post by Shasha

by Shasha

Mar 2, 2017
pada 1:59 AM

Jiwa kacau betul bila fikirkan bakal majikan baru yang bakal korang jumpa nanti untuk lapor diri hari pertama kerja ataupun baru nak ke sesi temuduga. Nervous, biasalah tu kan. Dalam kepala dah fikir dah nak buat apa, borak apa, senyum macam mana semua supaya nak bagi first impression yang betul pada mereka.

Ada cara korang nak baca personaliti mereka ni dengan hanya melihat posisi duduk. Ha? Yeke? Boleh percaya? Tips ni khas untuk korang kesan terus perangai mereka ni. Boleh lah korang ambil hati bakal majikan tanpa nak try hard!

1. Tak tahu lah apa pesennya ni

Kepada yang gemar duduk dengan posisi sebegini, tak suka berdepan dengan masalah. Jenis yang suka lari dan transfer masalah pada orang lain. Tapi bab nak berkomunikasi dengan mereka ni memang cun dan lancar disebabkan personaliti yang menarik, kreatif dan sedikit keanak-akan.

 

2. Duduk tersipu malu gitu

Bukan wanita sahaja je yang duduk begini, lelaki pun juga! Keunikan yang menyerlah pada dirinya adalah kerana mereka ni tak putus dengan idea baru dan superb. Memang pantang dengan rutin dan cukup suka travel dan peramah. Jenis yang tak kisah nak mulakan sesuatu dari bawah dan sentiasa positif!

 

3. Selesa habis mengangkang 

Tengok cara duduk pun dah tahu! Keselesaan tu yang utama. Nampak macam serabut je duduk macam ni kan, tapi mereka ni agak memilih kalau nak buat keputusan untuk beli sesuatu sebab tak mahu tersalah pilih.

Sangatlah tak teratur tahap kritikal tapi masih boleh kawal diri dalam keadaan yang serabut. Pemikiran pun kadang-kadang melilau tak dapat nak fokus.

 

4. Sedia tegak!

Yang ni pula special sikit sebab mereka ni sedikit reserve dan tak berapa suka ekspreskan emosi secara terang-terangan. Menepati masa dan tak suka lambat. Kalau nak tahu mereka ni agak sukar nak bersosial sebab terlalu protective dengan diri dan sebab tu lah mereka ni liat sikit nak terima kritikan daripada orang lain. 

 

5. Posisi ala-ala kerabat diraja

Korang memang bertuah kalau dapat majikan atau bakal majikan sebegini. Mereka ni tak gopoh dan lebih rileks. Tapi kena tahan sebab mereka ni degil tapi sentiasa bersemangat untuk capai matlamat. Sangat pentingkan penampilan dan sanggup berbelanja lebih untuk kelihatan awesome!