Hak Pekerja di Bawah Akta Kerja 1955 Ini Yang Lindungi Pekerja dari dibuli Majikan
# Pengetahuan Pekerja

Hak Pekerja di Bawah Akta Kerja 1955 Ini Yang Lindungi Pekerja dari dibuli Majikan

post by Aisya

by Aisya

Feb 8, 2023
pada 6:08 PM

Korang dah tahu ke belum hak korang sebagai pekerja sama ada korang ni dibuli oleh majikan korang di tempat kerja atau tak? Seeloknya korang rujuk balik Akta Kerja 1955 untuk tahu hak pekerja dan undang-undang buruh dekat Malaysia ni. 
Jangan ambil mudah, sebab nanti kalau korang diperalatkan korang sendiri tak sedar sebab tak tahu nak buat apa. Salah satu perkara asas yang memang wajib korang ambil tahu ialah pasal waktu bekerja.
Kadang-kadang tu bos senang je suruh kerja lebih masa untuk siapkan kerja kan? Boleh ke majikan buat macam tu? Bukan salah ke di sisi undang-undang? Atau kalau perlu pun akan dibayar overtime ke?

Boleh ke majikan ganggu korang selepas waktu bekerja?

Majikan tak boleh mengganggu pekerja selepas waktu kerja tanpa alasan yang kukuh. Menurut Akta Kerja 1955, pekerja memiliki hak untuk berehat dan majikan wajib menjaga privasi pekerja di luar waktu kerja. 

Ini memang majikan yang paling win! Wujud lagi rupanya majikan yang pentingkan kebajikan pekerja. Memang sewajarnya majikan faham erti masa dan melayan pekerjanya sebagai manusia biasa, bukannya robot.

Patut ke korang buat tuntutan bayaran kerja lebih masa? 

Korang sebagai pekerja ni ada hak untuk membuat tuntutan bayaran kerja lebih masa kalau korang bekerja lebih dari jam kerja yang sepatutnya. Sebab tu pentingnya korang memahami Akta Kerja 1955. Dah termaktub dibawah Seksyen 60A (1). Sudah pun diperjelaskan bahawa pekerja tidak boleh diarahkan bekerja mengikut syarat-syarat dan terma. Kalau disuruh sekalipum, korang harus dibayar overtime. 

Majikan di atas adalah contoh majikan yang memahami tanggungjawab dan kewajipan mereka. 

Apakah Undang Undang Buruh Yang Terdapat di Dalam Akta Kerja 1955? 

Sebagai pekerja, korang sepatutnya tahu hak korang supaya korang tidak dipergunakan oleh majikan. Pastikan korang betul-betul memahami akta kerja, seperti akta buruh waktu bekerja seminggu. Di sini adalah beberapa undang-undang dan hak sebagai pekerja yang melibatkan waktu bekerja. 

Di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja tidak boleh diarahkan bekerja:-

  1. Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
  2. Lebih dari 8 jam sehari
  3. Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
  4. Lebih 48 jam seminggu 

Ini adalah secara asasnya, tetapi macam mana kalau majikan arahkan juga suruh bekerja lebih dari 8 jam tanpa henti? Perkara itu akan diterangkan satu persatu-satu:

Pekerja diarah Bekerja Selama 8 Jam Berturut-Turut Tanpa rehat

Prinsip amnya adalah TIDAK BOLEH! Akan tetapi jika pekerja itu:-

  • Terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan; dan
  • Memerlukan perhatiannya secara terus menerus;

Jika korang jatuh di bawah mana-mana kategori ini, maka ianya dibenarkan tetapi dengan syarat ya. Pekerja harus diberikan tempoh masa tidak kurang dari 45 minit untuk makan.

Sebagai contoh, korang bekerja sebagai operator mesin di satu kilang besar. Kerja ini memang memerlukan korang untuk pantau dengan rapi dan tidak boleh sesekali meninggalkan mesin tersebut. Waktu kerja adalah dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dan tidak boleh ambil rehat dengan lama. Jadi apa yang korang lakukan adalah dengan ambil rehat 7 minit untuk setiap jam sahaja.

Nampak macam kejam tetapi jika mengikut undang-undang, ianya dibenarkan. Kerana jika korang jumlahkan masa rehat dia 7 minit x 8 jam bersamaan dengan 56 minit. Jadi waktu rehat yang diberikan memadai dan tidak melanggar sebarang akta.

Pekerja Bekerja Melebihi 8 Jam Sehari

Secara asasnya ia tidak boleh dilakukan tetapi dibenarkan dengan syarat, Jika pekerja diarahkan untuk bekerja lebih daripada masa kerjanya, dia mestilah dibayar pada kadar satu setengah kali ganda dari kadar upahnya mengikut jam.
Tetapi, majikan tidak boleh nak arahkan pekerja untuk bekerja lebih 12 jam sehari walaupun dibayar overtime. Kalau nak juga suruh kerja lebih daripada 12 jam sehari, boleh rujuk Seksyen 60A (2) (a) serta Seksyen 60A Akta Kerja 1955.

Pekerja Bekerja Melebihi Tempoh Masa atau Spread Over Period 10 Jam Sehari

Terma ini selalu diguna pakai untuk mereka yang bekerja dalam bidang F&B ataupun hotel. Maksud spread over period ini adalah dimana waktu bekerja dipisahkan kepada dua dan ada waktu rehat yang lama diantara waktu tersebut. Sebagai contoh pekerja A perlu bekerja dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan diberikan waktu rehat dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan sambung kembali bekerja dari pukul 2 petang hingga 7 malam. Pengiraan kerjanya adalah 10 jam dan ditolak dengan 2 jam rehat.
Jika pekerja perlu bekerja lebih daripada 10 jam, mereka perlu dibayar pada kadar satu setengah kali ganda mengikut kadar upahnya berdasarkan jam.

Pekerja Bekerja Melebihi 48 Jam Seminggu

Di bawah Seksyen 60A (1) (iii) Akta Kerja 1955, majikan dan pekerja menerusi persetujuan/kontrak kerja boleh memilih agar pekerja bekerja lebih 8 jam sehari tetapi tidak melebihi 9 jam bagi satu atau lebih hari dalam seminggu. 
Majikan boleh meminta pekerja berkerja lebih dari 48 jam seminggu dengan syarat apabila waktu-waktu kerja dilangkaui, maka bayaran pada kadar kerja lebih masa mesti diberikan.
Bagaimana? Ada ke sesiapa yang baca artikel ni baru sedar dia telah dipermainkan oleh majikan untuk bekerja lebih masa? Korang jangan ambil mudah sangat, hak sebagai pekerja perlu ambil tahu agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Kesimpulannya, sudah terlalu banyak aduan pekerja terhadap majikan yang membuli mereka di tempat kerja, terutamanya tentang perkara seperti kiraan ot, waktu kerja shift, peraturan pekerja yang tak masuk akal dan lain-lain. Pastikan selepas korang baca artikel ini, korang memahami hak korang sebagai pekerja yang selaras dengan undang-undang pekerjaa seperti hak atas waktu bekerja, privasi setelah waktu kerja, dan bayaran overtime untuk kerja lebih masa. Akta ini juga mengatur undang-undang buruh seperti batasan waktu kerja yang boleh diterima oleh pekerja dan apabila pekerja boleh dibayar overtime. Oleh itu, penting bagi pekerja untuk memahami akta ini agar dapat memastikan hak mereka diterima dan dilindungi dengan baik.

Permohonan segera bagi jawatan kosong Hotel dan Real Estate!