Tipu Lah Kalau Tak Berangan 5 Perkara Ni Dalam Hati Sebelum Terima Tawaran Kerja
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Tipu Lah Kalau Tak Berangan 5 Perkara Ni Dalam Hati Sebelum Terima Tawaran Kerja

post by Shasha

by Shasha

Mar 5, 2017
pada 5:43 AM

Ingat bakal majikan je nak tengok first impression pada korang? Nilai kod pemakaian korang, personaliti, postur badan dan macam-macam lagi lah. Korang yang bakal bekerja di syarikat tersebut pun tak terkecuali untuk buat pertimbangan.

Perkara yang paling utama kita semua akan pertimbangkan jika diambil kerja semestinya persekitaran kerja di situ. Alangkah seronoknya kalau di tempat kerja korang ada salah satu benda ni : 

1. Bean bag 

Siapa je yang tak rasa seronok bila masuk tempat kerja tengok-tengok je ada bean bag ni? Selalunya pergi IKEA atau kedai perabot je dapat rasa duduk atas beg penuh dengan bola-bola ni. Kalau macam ni lah deko tempat kerja korang, hari-hari buat overtime pun tak kisah.

 

2. Bar snek free flow 

Tak kisah lah perut masih kenyang atau tidak, jumpa snek je mesti tak tolak. Lebih-lebih lagi bila dah menghadap kerja dari pagi, nak hilangkan mengantuk mesti cari makanan nak dikunyah.

 

3. Acah-acah ada rumput semulajadi

Walaupun duduk terperuk dalam pejabat, asal ada dekorasi yang berunsurkan dengan alam semula jadi pun korang rasa segar dan sedap mata memandang. Rumput palsu dalam pejabat? Lagi lah korang suka, rasa tenang dan kurang stress.

 

4. Deko lampu hipster teruk

Masuk je pejabat, terasa macam berada di Google. Cukuplah dengan dekorasi lampu pejabat yang unik dan lain daripada lain, semangat kerja tu memang lain macam kan? Ianya seolah-olah sumber motivasi untuk korang bekerja.