Selalu mandi di kolam renang awam? Ramai yang anggap air kolam itu dijamin bersih kerana kejernihan airnya, untuk pengetahuan sebenarnya bekas-bekas pengunjung kencing di dalam kolam itu takkan hilang walaupun sudah 'dicuci' menggunakan klorin.


by Izuan
Selalu mandi di kolam renang awam? Ramai yang anggap air kolam itu dijamin bersih kerana kejernihan airnya, untuk pengetahuan sebenarnya bekas-bekas pengunjung kencing di dalam kolam itu takkan hilang walaupun sudah 'dicuci' menggunakan klorin.
Mesti korang tertanya-tanya berapa ramai yang kencing dalam air kolam tu, adakah dijamin bersih, macam mana nak tahu banyak mana urin terlah terkumpul. Perkongsian ini memang agak menjengkelkan tapi, ia juga memberi manfaat kepada korang untuk fikir sebelum mandi di kolam renang awam.

University Of Alberta melakukan eksperiemn melalui sampel air kolam renang dan mengira kandungan gula dalam air tersebut. Jumlah kandungan gula yang ada dalam kolam renang bersamaan dengan kandungan air kencing manusia.

Ini kerana dalam kandungan air kencing manusia mengandungi gula yang dikenali sebagai Acesulfame Potassium dimana kandungan ini terdapat dalam makanan harian manusia. Contohnya, minuman berkabonat, susu, yogurt dan gula getah.
Acesulfame Potassium ini akan masuk kedalam badan dan terus mengalir ke punding kencing, dan bila manusia kencing dalam kolam, molekul-molekul ini takkan musnah! Kekal sampai bila-bila!

Mungkin, air sudah 'dicuci' tetapi hanya untuk menjernihkan sahaja, ia sebenarnya berbahaya kepada kesihatan kita kerana molekul telah bercampur aduk dengan klorin masuk kepadan kita. Ingat, air kencing juga toksin tau! Apabila di dicampur dengan kimia lain yang ada dalam badan, mungkin kesihatan boleh terjejas!
Tapi jangan risau, kandungan ini hanya 0.09% sahaja dalam kolam renang, cuma kalau boleh jangan kerap mandi. Jangan lupa bersihkan badan semula sejurus sahaja selesai berenang-renang disitu ya! Oh ya! Jadi, kalau boleh lepas ni janganlah kecing masa berenang ya. Huhu!