7 Wanita Terhebat Di Malaysia Ini Buktikan Gender Bukan Penghalang.. Girl Power!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

7 Wanita Terhebat Di Malaysia Ini Buktikan Gender Bukan Penghalang.. Girl Power!

post by Aisya

by Aisya

Mar 7, 2017
pada 2:13 AM

Selamat menyambut Hari Wanita buat semua wanita di luar sana yang kuat, tabah, berani, dan berjiwa kental! Ketahui lah bahawa setiap korang itu adalah wanita yang istimewa dan bukannya biasa-biasa. Kepada wanita yang sedang bergelut dalam perkahwinan yang bercelaru, mereka yang bergelut dalam pembelajaran, mereka yang sedang bertarung nyawa melawan kanser, korang semua adalah juara!

Jangan putus harapan dan jangan sesekali tanam dalam diri bahawa korang tidak sekuat wanita yang lain. Jadikan 7 wanita ini sebagai sumber inspirasi korang untuk berubah. Kesemua mereka ini buktikan bahawa tidak pernah wujud tempoh tamat untuk mencapai sesuatu cita-cita. Selamat Hari Wanita kesemua wanita yang awesome! 

 

1. Vivy Yusof buktikan wanita mampu berjaya

Siapa yang tidak kenal wanita awesome ini yang membangunkan dunia online shopping di Malaysia. FashionValet miliknya kini telah menjadi salah satu online site multi-label di seluruh Asia dengan memperkenalkan dan menaikkan nama-nama fashion designer local. Seorang ibu kepada dua anak, seorang isteri, seorang bos, Vivy buktikan yang wanita juga powerful! 

 

2. Yuna Zarai, muziknya makin dikenali satu dunia

Lagu 'Crush' yang memukau satu dunia kerana menampilkan gandingan seorang penyanyi kelahiran Kedah dengan Usher. Siapa sangka, gadis Malaysia ini mampu untuk berdiri sama tinggi dengan penyanyi tersohor di luar negara dan lagunya tersenarai dalam billboard okay! 

Yuna Zarai ini berkelulusan Degree dalam bidang undang-undang dan beralih ke dunia nyanyian kerana minatnya yang mendalam. Gadis tinggi lampai ini buktikan yang seorang gadis biasa mampu untuk menguasai dunia dengan impian yang besar. 

 

3. Siti Hanisah Sharuddin, pendaki Everest pertama dengan jiwa yang kental

Ini lah wanita muda yang berjaya mendaki Gunung Everest pada umur 23 tahun. Wanita bertubuh kecil ini layak digelar sebagai ikon negara kerana membuktikan yang jangan sesekali berputus asa. Siti Hanisah pada asalnya gagal untuk sampai ke puncak pada kali pertama ekspedisinya atas faktor kesihatan dan waktu. Dia tidak berputus asa dan melakukan ekspedisi kedua dan berjaya.

Siti Hanisah merupakan wanita pertama dari Malaysia berjaya menjejakkan kaki ke Everest. Ini lah bukti kuasa wanita dan kekentalan hati yang tidak senang goyah untuk mencapai sesuatu matlamat.

 

4. Mejar Patricia Yapp, juruterbang wanita MiG29 pertama Asia 

\

Siapa kata kaum wanita lemah? Lihat ni Mejar Patricia Yapp Syau Yin yang memegang rekod sebagai Wanita dari Asia pertama yang menjadi juruterbang jet pejuang Mikoyan MiG-29. Anak kelahiran Sabah ini buktikan yang wanita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Dia adalah seorang juruterbang yang membawa operasi dan taktikal dengan Skuadron No 17/19 “Penyamun Smokey” di Pangkalan Tentera Udara Kuantan.

 

5. Anita Yusof, penunggang solo wanita mengelilingi dunia

Bagi mereka yang tidak kenal dengan nama Anita yusof, dia adalah wanita pertama yang berjaya menamatkan tunggangan solo mengelilingi dunia sejauh 65,000 KM. Anita berjaya merentasi 4 benua dan 40 buah negara justeru berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records! Beliau adalah seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru dan buktikan bahawa jangan sesekali biarkan impian korang terkubur begitu sahaja dengan memberi faktor umur sebagai alasan.

 

6. Izzati & Atiqah Khairudin cipta sejarah di awan biru

Kenali Wanita Pertama Malaysia Yang Punya Lesen Memandu Belon Udara Panas

Izzati dan Atiqah Khairudin amat membanggakan rakyat Malaysia sekalian. Adik beradik ini menjadi wanita muda pertama di negara yang memiliki lesen penerbangan peribadi (PPL) yang memberikan mereka green light untuk mengemudi belon udara panas. 

Mereka sememangnya membesar dengan belon udara panas apabila arwah bapa mereka juga merupakan lelaki pertama Malaysia yang mengemudikan belon panas. Ianya adalah satu pencapaian diri yang amat membanggakan dan bukan senang untuk diperoleh tau. Ini lah definisi pasanglah angan-angan setinggi langit!