Berhenti Panaskan 7 Makanan Ini! Buruk Padahnya Kepada Kesihatan Korang -Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Berhenti Panaskan 7 Makanan Ini! Buruk Padahnya Kepada Kesihatan Korang -Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 20, 2021
pada 8:30 AM

Dah jadi tabiat bukan untuk menyimpan lebihan makanan dalam peti ais dan keesokkan harinya letakkan sahaja dalam microwave untuk panaskannya. Tipu lah kalau korang tak biasa lakukan ni. Bukan tidak boleh, tetapi jangan jadikannya sebagai satu tabiat yang selalu diamalkan. Ianya tidak baik kepada kesihatan. Ini adalah 7 jenis makanan yang korang wajib ambil tahu akan risikonya jika dipanaskan semula.

Kalau korang biasa panaskan 7 makanan ini, berhenti lakukannya dan sayangi diri sendiri!

 

1. Jangan panaskan lebihan nasi semalam

Biasakan ada lebihan nasi semalam dan mak-mak mesti suruh simpan dalam peti ais untuk buat nasi goreng esoknya. Tahu tak, bila korang panaskan sisa nasi ianya akan menyebabkan pertumbuhan spora? Bila nasi sudah kembali dingin spora tersebut akan membiak! Spora yang terhasil ini akan menghasilkan bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan muntah-muntah tau. Bahaya!

Tetapi yang sebenarnya, bukan memanaskan nasi yang menyebabkan ianya jadi bahaya tetapi cara korang menyimpan nasi tersebut. Menurut Food Standards Agency, nasi perlu disimpan dengan betul iaitu sejukkan dahulu nasi sebelum letak dalam peti ais dan biarkan ia selama 12 jam sebelum dipanaskan.

 

2. Gunakan api yang perlahan untuk panaskan ayam

Apabila korang panaskan ayam, kandungan protein akan berubah dan menimbulkan masalah kesihatan dan pencernaan. Bukan tidak boleh langsung, korang boleh panaskan ayam tetapi pastikan ianya panas sehingga ke dalam isi tau. Sebab itulah pentingnya untuk gunakan api yang perlahan biaar betul-betul panas, bukan luar sahaja.

 

3. Memanaskan telur rebus dengan kuning telur di dalamnya berisiko tinggi!

Ketika korang masak telur dengan suhu yang tinggi, walaupun bertujuan untuk menghangatkan, ia akan menyebabkan munculnya kandungan racun terutama sekali di bahagian kuning telurnya. Ianya bahaya kepada sistem pencernaan tau.

 

4. Memanaskan bayam boleh menyebabkan kanser

Bayam ni memang kaya dengan zat besi, vitamin, mineral dan serat. Sebab itulah selepas beberapa ketika dimasak akan berubah menjadi warna kehitaman. Seeloknya selepas dimasak, habiskan terus bayam itu dan jangan disimpan lagi. Jika dipanaskan semula, kandungan nitrat dalam bayam akan berubah menjadi nitrit dan bersifat zat karsinogen yanag boleh memicu kanser.

 

5. Cendawan tidak elok dipanaskan berulang kali untuk jantung

Jika dipanaskan semula, kandungan protein akan berubah komposisi dan menyebabkan masalah pencernaam dan sayang kerana kesemua manfaat zatnya akan hilang. Korang hanyalah memakan cendawan tanpa sebarang manfaat yang ada.

 

6. Kentang mempunyai bakteria langka yang berbahaya

Kandungan bakteria langka dalam kentang ini amat lah berbahaya jika dipanaskan semula kentang tersebut. Kentang memang sedap dimakan dan boleh dimasak bermacam cara tetapi berhati-hati dengan pengambilan kentang yang dipanaskan semula.

 

7. Berhenti goreng semula makanan yang bergoreng

Ini mesti sesuatu yang biasa sangat korang lakukan bukan? Kalau ada lebihan makan bergoreng, simpan sahaja dalam peti ais dan apabila mahu makan keluarkan sahaja dan goreng kembali. Korang tahu tak bahayanya menggoreng semula makanan bergoreng? Pisang goreng, tempe goreng, mee goreng apa sahaja yang bergoreng akan membuatkan kandungan lemak semakin tinggi! Jadi berhenti lakukannya.