Mengenang MH370 : 6 Konspirasi Popular Yang Digembar Gembur Tentang Misteri Kehilangannya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Mengenang MH370 : 6 Konspirasi Popular Yang Digembar Gembur Tentang Misteri Kehilangannya

post by Izuan

by Izuan

Mar 7, 2017
pada 3:08 AM

Tanggal 8 Mac 2014, kita digemparkan dengan satu peristiwa tragis dimana pesawat MH370 hilang bersama 227 penumpang dan 12 anak ketika menjalani rutin penerbangan harian. Walaupun operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dari Laut China Selatan hinggalah ke selatan Lautan Hindi telah dilakukan. Misteri kehilangan pesawat tersebut masih lagi belum terungkai hinggalah sekarang.

Hari ini, genaplah 3 tahun tragedi misteri kehilangan pesawat tersebut. Sepanjang operasi mencari dan menyelamat dijalankan, pelbagai konspirasi timbul untuk mengetahui kesahihan punca kejadian misteri ini. Dalam banyak konspirasi yang timbul, ini yang paling popular sekali.

1. Dirampas Ke Afghanistan

MH370 didakwa telah dirampas dan diterbangkan ke Afghanistan, dimana semua kru dan anak kapal telah dijadikanan tebusan. Salah seorang tentera memberitahu akhbar tempatan di Russia, Moskovsky Komsomolets, kesemua kru dan penumpang masih lagi hidup.

Juruterbang diarahkan oleh pengganas untuk mengubah arah penerbangan ke negara tersebut, selain itu sumber memberitahu bahawa beliau mengenali kumpulan pengganas tersebut. 

2. Diego Gracia

Pesawat ini telah disorokkan di sebuah tempat yang dinamakan Diego Gracia, sebuah 'markas' dan penempatan rahsia bagi tentera-tentera United States yang terletak di Lautan India. Namun, pihak US menegaskan bahawa spekulasi tersebut tidak benar sama sekali. 

3. Pengganas

Sesuatu telah terjadi yang menyebabkan juruterbang tidak dapat 'buka mulut'. "Rasa pelik kalau juruterbang tersebut gagal membuat panggilan kecemasan, mereka ada banyak masa, melainkan kalau ada bom didalamnya tapi tak ada sebarang bukti mengenai bom tersebut" katanya.

4. Plot CIA

Bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad memberi kenyataan menerusi blog rasminya, "Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan daripada pesawat komersial, di mana ia adalah MH370. Seseorang  sedang menyembunyikan sesuatu."

5. Pesawat Telah Dikawal

Ada pihak mendakwa bahawa pesawat telah dikawal dari jauh dan secara automatik oleh sebuah pesawat lain dan dibawakan ke satu tempat rahsia seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak iaitu di Diego Gracia.

Ada juga yang menganggap bahawa ia dikawal oleh sebuah peralatan canggih yang menyebabkan juruterbang hilang kawalan dan terbang melencong kearah lain sehingga kehabisan minyak.

6. Kapten Zaharie Ahmad Shah 

Ada pula dakwaan mengatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah bersubahat dengan anggota tentera U.S, selain itu rakaman suara "good night Malaysia three seven zero" dari kokpit sebelum hilang dari radar telah menimbul lagi rasa curiga dan menguatkan lagi sentimen negatif terhadap beliau.

Namun begitu, ia kurang jelas samada ayat itu diungkap oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah atau co-pilot Fariq Abdul Hamid. Bagaimanapun, kesahihan mengenai misteri ini masih belum terjawab. Kami warga Malaysia tetap menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa, dan terus mendoakan mereka.