Baru Pertama Kali Nak Sewa Rumah Owner Minta Deposit 1+1/2+1/2+1+1?? Apa Maksudnya Tu?
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Baru Pertama Kali Nak Sewa Rumah Owner Minta Deposit 1+1/2+1/2+1+1?? Apa Maksudnya Tu?

post by Aisya

by Aisya

Jun 16, 2020
pada 3:19 PM

Pertama kali bekerja luar dari kampung halaman? Jauh dari keluarga dan memang perlu untuk mencari rumah sewa berdekatan dengan tempat kerja? Masalahnya, ini adalah pertama kali korang mencari rumah sewa jadi tidak berapa tahu menahu mengenai prosesnya dan terma-terma yang agak janggal bagi korang. 

Kadang tu ramai je yang bayar je deposit rumah sewa tanpa bertanya dan rupanya sudah ditipu oleh pemilik rumah sewa. Hujung bulan bila nak keluar, duit deposit tu 'burn' atas alasan yang tidak munasabah dari owner rumah. Elakkan dari tertipu lagi! Ini adalah 3 istilah deposit yang korang WAJIB ambil tahu sebelum nak sewa rumah:

 

1+1, 2+1,  2+1+1 ?? Apa tu?

Bila korang tengok iklan rumah sewa dekat internet dekat bahagian info tambahan mesti owner rumah akan tulis "DEPOSIT SEWA: 1+1 atau 2+1 atau pun 2+1+1" Ramai yang tak berapa nak tahu apa maksud istilah ni dan bayar macam tu je tanpa bertanya. Okay sebenarnya, kesemua nombor ini ada maksud dia tersendiri.

Letakkan sewa rumah sebanyak RM500 sebagai contoh:

 

1+1 : RM500 (cagaran) + RM500 (sewa untuk bulan pertama) = RM1,000 deposit yang perlu dibayar

2+1 : RM1,000 (cagaran) + RM500 (sewa untuk bulan pertama) = RM1,500 deposit yang perlu dibayar

2+1+1 : RM1,000 (cagaran sewa rumah) + RM500 (cagaran utiliti rumah) + RM500 (sewa bulan pertama) = RM2,000 deposit yang perlu dibayar

 

Ada segelintir tuan rumah tidak mahu memulangkan kembali deposit dan ianya bergantung pada agreement dan ada juga yang meletakkan syarat deposit itu sebagai bayaran advance sewa untuk bulan-bulan terakhir dan ada juga yang tidak mahu deposit langsung. Itu rezeki korang lah.

Jadi sebelum korang nak mengamuk marah tuan rumah kenapa cekik darah letak deposit tinggi, korang dahulu kena faham terma ini. Owner rumah perlu meletakkan deposit sebagai cagaran kondisi rumah. Sebagai contoh, tuan rumah memberikan rumah yang fully-furnished. Mereka perlukan cagaran agar jika ada perabot yang rosak, mereka tidak akan rugi. Atau juga jika penyewa tiba-tiba sahaja melarikan diri, tidak lah mereka rugi untuk sewa pada bulan tersebut. 

 

Kenapa kena letak deposit?

Tuan rumah kena letakkan perjanjian sebegini atas sebab-sebab risiko yang terlalu banyak, contohnya:

 

1. Penyewa suka tangguh bayaran sewa. Tuan rumah perlu bayarkan dahulu ke bank setiap bulan. Bayangkan kalau tuan rumah tiada duit, jika lewat habislah buruk CCRIS tuan rumah.

2. Penyewa larikan diri dan langsung tidak membayar sewa. Amboi duduk secara percuma ke?

3. Dalam kontrak cakap menetap selama 6 bulan, tapi selang 3 bulan sudah mahu berhenti menyewa. Rugi lah tuan rumah kerana waktu itu baru lah nak cari penyewa baru semua bukannya senang.

4. Penyewa rosakkan barangan di rumah dan menyebabkan kerugian. Deposit itu boleh lah cover bayaran kerosakan.

 

Pastikan ada perjanjian bertulis

Jangan sesekali ambil mudah mengenai hal ini. Deposit rumamh tu bukannya sikit tau. Kalau tak nak menyesal di kemudian hari, buat perjanjian hitam putih dengan penyewa. Kalau ada sebarang benda yang bercanggah, refer terus perjanjian tu. Jangan percaya sangat kalau penyewa setakat sembang kencang je, nanti bila minta balik deposit diama terus.