Hanya 'Copy Paste' Sahaja, Anda Boleh Raih 'Duit Tepi' Sehingga RM 3,000. Nak Tahu Bagaimana?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Hanya 'Copy Paste' Sahaja, Anda Boleh Raih 'Duit Tepi' Sehingga RM 3,000. Nak Tahu Bagaimana?

post by Izuan

by Izuan

Mar 8, 2017
pada 8:08 AM

Gaji bulanan untuk kerja tetap belum tentu cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan, ia dah macam satu lumrah untuk kita yang hidup di zaman moden ini untuk tidak bergantung 100% pada gaji sahaja.

Mula terfikir nak buat 'side-job' kan? Tapi mesti terfikir "sedangkan kerja pun susah nak cari, apatah lagi nak kerja side-job", selain itu risau menjejaskan prestasi dan menganggu masa dengan kerja tetap. Maklumlah kerja tetap inilah satu-satunya sumber pendapatan untuk hidup.

Tapi, kalau 'side-job' daripada Maukerja Malaysia ini, dijamin 200% tidak menganggu! Hanya 'copy paste' sahaja, goyang kaki dan duit masuk! Mudah sahaja! Tapi dimana dan macam mana?

Video

ADhance.my merupakan satu program untuk menjana pendapatan tambahan dengan hanya menggunakan komputer sahaja! Ia boleh dilakukan secara sepenuh masa dan separuh masa, bergantung kepada anda!

Dengan adanya ADhance.my ini, anda boleh raih pendapatan dari RM 800 hingga RM 1,000 sebulan bagi separuh masa. Manakala bagi sepenuh masa, mampu mencecah RM 3,000!

Bagaimana ADhance.my Bantu Jana Pendapatan? Copy Paste?

Selepas mendaftar anda akan diberi pilihan senarai jawatan kosong yang ada di laman Maukerja.my, setiap jawatan mempunyai nilainya tersendiri, anda akan diberikan link khas untuk dikongsi dilaman sosial, hanya perlu 'copy' dan 'paste' link tersebut di Facebook, Twitter, Blog dan mana-mana laman sosial yang anda ada. Pendek kata iklankan kerja dan dapat komisyen.

Berapa Komisyen?

Seperti yang dikatakan tadi, setiap jawatan yang disediakan mempunyai nilainya sendiri dari RM 0.00sen hinggalah RM 0.75 sen per nett! Komisyen akan dimasukkan ke akaun anda, apabila ada orang mendaftar pekerjaan yang diiklankan, lagi ramai lagi banyak duit masuk!

Tapi terhad sampai 50 orang sahaja! Lebih daripada itu anda tidak akan menerima sebarang jumlah walaupun masih ramai yang klik dan daftar iklan anda! Jadi, macam mana nak dapat banyak? Rajin-rajinlah promote jawatan lain!

Bagaimana Nak Buat? Daftar Dulu!

Anda perlu mendaftar dahulu, isi segala butiran peribadi dan boleh mulakan. Selepas mendaftar, ada beberapa step semudah 'abc' dan tunggu masa duit akan masuk. Maknanya, hanya perlu iklankan kerja di laman sosial.

Jika ada rakan-rakan yang berminat dan telah mendaftar untuk pekerjaan yang anda tawarkan itu, anda akan menerima wang tunai serta merta! Untuk gambaran yang lebih jelas, lihat dibawah ini

 

Step 1 : Isikan Maklumat Peribadi Yang Diperlukan Dan Klik Butang 'Submit'

 Untuk bahagian referral code. Kalau anda ada rakan lain yang pernah gunakan, minta referral code dia, rakan anda akan menerima komisyen kerana anda telah mendaftar dibawah nama di, tapi kalau tiada abaikan sahaja.

Nota : Anda juga akan menerima referral code anda sendiri, nak tahu bagaiman ikuti sahaja step dibawah ini dulu.

Step 2 : Dah siap! Boleh Login! Mudah Bukan? Tapi Ada Lagi!

Step 3 : Kemaskini Profil Anda, Isi Maklumat Peribadi Dan Segala Link Melalui Laman Sosial Anda Ada

Di bahagian profile title, masukkan sahaja ID anda, inilah tempat dimana anda memeproleh referral code anda sendiri, ia akan digabungkan kod has, simpan kod tersebut dan berikan kepada rakan lain jika mereka berminat untuk mendaftar. 

STEP 4 : Klik Butang 'Update'  Anda Akan Menerima Referral Code Sendiri. Dah Siap!

Jadi, kalau dah siap referral code anda ia akan diberi paparan seperti ini, ?ref=(id anda) simpan kod ini dan sebarkan kepada rakan, kalau mereka daftar dan masukkan kod ini di bahagian referral code (rujuk step 1) anda juga akan menerima komisyen  15%  hasil daripada pengiklanan mereka juga.

Kemudian bolehlah iklankan kerja dan kumpul duit banyak-banyak! Macam mana nak iklankan pula? KLIK DISINI