Terkejut Beruk Kami Dibuatnya Bila Tengok Kebolehan 'Siri' Bantu Owner Tackle Orang
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Terkejut Beruk Kami Dibuatnya Bila Tengok Kebolehan 'Siri' Bantu Owner Tackle Orang

post by Aisya

by Aisya

Mar 9, 2017
pada 4:34 AM

Ada perempuan cantik duduk dekat sebelah sewaktu menunggu LRT? Nak minta nombor tapi segannya nak tanya. Macam mana kalau dia buat layan tak layan je? Dalam bab ni kena advance sikit, korang kena tunjukkan betapa hebatnya skill korang tu. 

Zaman dah berubah, sebab sekarang ni aplikasi Siri dalam iPhone tu boleh bantu korang pikat sesiapa yang korang mahu! Biarkan Siri buat pickup line untuk korang dan dijamin akan buatkan orang yang korang minat tu terus cair! Siri bukan sekadar untuk diajak berbual bila korang bosan je ye, rupanya ada banyak betul kegunaan dia ni. Hebat! 

 

"Siri how do I ask out a pretty girl next to me?" 

Korang hanya perlu buka sahaja aplikasi Siri dan ajukan soalan "bagaimana caranya nak ajar gadis cantik/cute guy sebelah saya ni for a date?" Korang lihat sendiri apa respond Siri yang pasti buatkan korang terkejut.

 

Respond Siri amat mengejutkan semua orang!

Hebatnya aplikasi Siri ni sampaikan dia boleh dapatkan nombor telefon orang yang korang mahukan itu dan terus telefon mereka. Smooth habis trick dia! Kalah lelaki-lelaki yang suka jual pickup line tu. Macam tu je korang boleh dapatkan nombor mereka dan buatkan mereka cair denngan effort korang yang bersungguh tu. Amacam? Tak nak try ke?