Perasaan malas nak pergi kerja tu memang kita semua hadapi setiap hari kan? Monday blues lah, Friday lazy day lah dan macam-macam lagi. Tapi kalau betul-betul tak mahu pergi kerja korang sanggup tak cedera atau tikam diri?

by Shasha

Masaru Miura, 52 tahun seorang lelaki di Jepun betul-betul tikam kawasan pinggul kirinya di dalam tandas sebuah Keretapi bawah tanah Nagoya Municipal sebab tak nak pergi kerja punya hal.

Setelah menikam diri, Masaru Miura terus melaporkan kejadian tersebut pada polis dengan menyatakan dia telah ditikam oleh seseorang yang tak dikenali di belakang. Sampai begitu sekali tak nak pergi kerja tu.

Masaru Miura akhirnya buat pengakuan pada pihak polis bahawa dia sendiri menikam dirinya menggunakan pisau yang dijumpai berhampiran stesen keretapi bawah tanah. Alasannya hanya sebab tak mahu pergi kerja.
Menurut laporan, Miura mengalami masalah mental tentang perihal kerja. Akhirnya Miura dapat cuti tapi terpaksa bercuti di penjara.