Ini Lah 8 Penipuan Yang Biasa Kita Lihat Di Instagram. Hakikatnya, Nan Hado!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ini Lah 8 Penipuan Yang Biasa Kita Lihat Di Instagram. Hakikatnya, Nan Hado!

post by Aisya

by Aisya

Mar 9, 2022
pada 7:49 AM

Ada satu soalan buat korang semua ni. Korang percaya tak pada semua yang korang lihat di media sosial terutama sekali Instagram? Semua gambar yang kawan-kawan korang post tu adakah benar atau tipu semata-mata?

Iyelah, ada orang yang sanggup menipu semata untuk dapatkan gambar yang cantik dana like beratus-ratus. Wujud tau orang yang sebegini. Jom tengok video pendek tentang media sosial vs realiti sebenar. Ini adalah 8 penipuan paling biasa sekali. Korang pernah buat yang mana satu?

 

 

Penipuan 1: #wokeuplikethis

Ambil selfie baru lepas bangun tidur tetapi realitinya dah siap basuh muka, pakai foundation, sikat rambut dan baring balik atas katil demi selfie.

 

Penipuan 2: #fit #workout #gym

Memandu berbatu-batu semata untuk ambil gambar di atas bukit dengan caption "Baru lepas selesai berbasikal 30KM." Hakikatnya, turun je dari kereta, ambil selfie dan drive balik.

 

Penipuan 3: Ambil flat lay meja office yang tersusun kemas

Realitinya, meja berselerak dengan mug tak berbasuh dan sisa makanan semua ada. Apa yang di post di Instagram itu adalah separuh daripada realiti yang benar.

 

Penipuan 4: Healthy lifestyle

Pergi ke kedai juice dan berhabis berbelas ringgit untuk satu gelas jus sayuran dan campuran buah-buahan yang korang sendiri tak tahu apa namanya. Ambil selfie letak hashtag #newlife #newme. Lepas minum seteguk dua, buang sebab tak sedap. 

 

Penipuan 5: Selfie berpuluh-puluh untuk OOTD

Ambil gambar OOTD sampaikan berpuluh-puluh gambar penuh dalam Camera Roll. Edit sikit, brightness, saturation letak filter biar nampak cantik lepas tu bila dah nice post dekat Instagram dengan caption "Effortless me." Effortless sangat kalau sampai tukar berpuluh-puluh baju untuk nak dapatkan satu gambar yanng cantik. Hmm..

 

Penipuan 6: Bestnya lepak dengan kawan!

Ajak kawan-kawan semua lepak tapi masing-masing hadap telefon. Lepas ambil selfie, masing-masing post dekat Instagram dengan caption "Having good time with friends." Duduk satu meja tapi masing-masing like gambar dan comment. Realitinya  tak bersembang pun. 

 

Penipuan 7: dress up sikit dan tulis "ready to party!"

Gigih tau dress up dan touch up make up semua untuk selfie dan post dekat Instagram. Tulis caption nak keluar pergi party tapi realitinya ada je tengah duduk atas sofa sambil tengok TV. Lepas post gambar cuci balik makeup dan teruskan menonton TV dan dikelilingi oleh kucing. 

 

Penipuan 8: Sayang bae saya #relationshipgoal

Ambil selfie dengan pasangan dan orang yang tengok pun nampak macam "Awh.. sweetnya!" Tetapi korang tak tahu cerita disebaliknya. Mereka bergaduh nak ambil gambar tu tahu tak? Jangan lah percaya sangat pada relationship goal tu.