Pelik kan sebenarnya korang puas lah berjimat sini sana, sanggup tak keluar duit untuk segelas air kosong dekat kedai mamak tapi poket masih lagi nipis. Merungut lah korang hari-hari, pakai stokin pun merungut juga. Nak tahu kenapa?

by Shasha
Pelik kan sebenarnya korang puas lah berjimat sini sana, sanggup tak keluar duit untuk segelas air kosong dekat kedai mamak tapi poket masih lagi nipis. Merungut lah korang hari-hari, pakai stokin pun merungut juga. Nak tahu kenapa?

Kalau bab jimat seringgit memang orang Malaysia paling pandai. Tapi kalau nak jimat dengan jumlah duit yang besar, ter-fail pula.
Contoh : Sanggup lah double park semata-mata tak nak bayar tiket parking. Padahnya, melayang duit kena bayar saman

Dah boleh bayar ansuran bulanan untuk Iphone 7 okay lah tu kan? Tak mampu nak bayar sekaligus tapi dapat bayar ansuran pun kira berkemampuan lah juga kan?
Tapi kalau terlepas tak bayar sebulan, faedah pun bertambah jadi korang akan bayar lebih akhirnya. Hakikatnya, korang dah berbelanja lebih dari yang mampu dibeli.

Ramai antara kita semua takutkan perkara yang kita sendiri tak faham. Itu sebabnya ramai yang lebih rela simpan duit dalam Akaun Deposit Tetap daripada kena labur duit.
Ya, memang menyimpan korang takkan rugi tapi dalam jangka masa akan datang simpanan korang akan terhakis disebabkan oleh inflasi.

Andai kata korang terlibat dalam kemalangan, dengan kos perubatan yang kian meningkat ni mana lagi lah korang nak gali duit berpuluh-puluh ribu untuk biaya segala pembedahan. Lagi parah kalau korang seorang je yang menyara keluarga, terpaksa lah korang guna semua duit simpanan keluarga yang baru je terkumpul tu.

78% daripada 68 juta pencarum KWSP tidak mempunyai jumlah basic sebanyak RM196,800 terkumpul untuk hari pencen mereka. Namun ramai yang mempunyai jumlah simpanan kurang daripada RM50,000. Ni adalah hasil kajian daripada KWSP ya.
Hmm macam mana nak enjoy ni bila dah pencen kalau duit simpanan KWSP pun seciput tu je?
Nak cari pendapatan lebih? Jangan lepaskan peluang korang untuk join EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal diadakan tak lama lagi.
