Geramnya Tengok Salun Ini Gunakan Nutella Untuk Perangkan Rambut Pelanggan, Boleh Makan Kot!
# Trending Semasa

Geramnya Tengok Salun Ini Gunakan Nutella Untuk Perangkan Rambut Pelanggan, Boleh Makan Kot!

post by Izuan

by Izuan

Mar 22, 2017
pada 8:22 AM

Siapa saja yang tak suka dengan Nutella kan? Kalau boleh nak cungkil cukup-cukup sampai licin bila dah habis, dah lah harga pun boleh tahan mahalnya. tak sanggup nak tengok saki baki terbiar tu dibuang begitu sahaja.

Tapi, mesti korang lagi tak sanggup jadi pelanggan dekat sebuah salun di Beirut ini. Pemilik dan pekerja salun ini menggunakan Nutella sebagai bahan utama untuk mewarnakan rambut pelanggannya. 

Difahamkan ia digunakan sebagai bahan utama mereka, ia kerana ramuan dalam Nutella itu mengandungi bahan-bahan semulajadi yang bagus untuk penjagaan rambut. Bukan itu sahaja, bahan-bahan makanan lain juga turut digunakan seperti susu pekat manis untuk menghasilkan warna rambut coklat menawan jika dicampur bersama Nutella.

Kalau kami kerja dekat salun ini, memang kena kencing mnislah dibuatnya. Ya lah, geram bila tengok hair stylist tu tuangkan Nutella atas rambut orang macam tu je. Nutella kot!

Ruginyaaaa!!